Saturday, August 29, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock: 2 DNA misteri siapa punya

Siapa yang terakhir bersama TBH pada 3.45 pagi 16 julai. Mohd Anuar Ismail kata, dia tidur hingga pukul 8.30 pagi 16 julai. Perakaman percakapan terakhir TBH dilakukan oleh Mohd Radzi, ertinya Mohd Radzi adalah orang terakhir bersama TBH. Akan tetapi saksi ke-19 Mohd Asharf mengatakan bahawa dia sempat memberikan segelas air kepada TBH pada kira-kira 4.45 pagi. Kalau dikatakan Mohd Ashraf ada lah orang terakhir bersama TBH, ada lagi yang melihat TBH pada pukul 5- 5.30 pagi. Kemudian Tan Boon Wah ada melihat TBH di pantry pada pukul 6.10 pagi. Jika tiada sesiapa lagi melihat TBH hidup setelah itu, maka Tan Boon Wah orang terakhir melihat TBH masih hidup.

Kalau bukan Tan Boon Wah menyebabkan TBH mati? siapa? Tan Boon Wah ternyata bukan, pembunuh TBH kerana DNA Tan Boon Wah tidak sepadan dengan salah satu DNA misteri yang belum terungkaikan hingga hari ke-16 inkues kematian TBH.

157 swab untuk tujuan analisis DNA tiada seorangpun yang sepadan dengan DNA misteri tersebut, termasuk Timbalan Pengarah Sprm Selangor yang dihebohkan melalui surat layang.

Persoalannya sekarang, siapa orang terakhir bersama TBH? Ada orang lain kah, mungkin kah ada pembunuh upahan berada dalam bangunan sprm? kalau ada, kenapa tidak terakam melalui CCTV semasa masuk pejabat?

Sepatutnya merungkai DNA misteri ini lah yang menjadi tugas inkues ini, di banding anggapan ada kekejaman dilakukan kepada mendiang TBH.

Pihak sprm perlu memberi fokus kepada isu DNA misteri ini, ada sesiapa kah mempunyai konspirasi untuk tujuan tertentu, agar sprm menjadi mangsa bagi mengalih pandangan isu yang lebih besar?

Setelah munculnya isu kematian TBH, isu yang sebelumnya mendapat perhatian umum adalah kes liwat DSAI, namun setelah kes kematian TBH, seolah-olah isu liwat DSAI hampir terlupakan.

Inkues ini perlu melihat kepada individu-individu yang kemungkinan berada dalam pejabat sprm pada jam 6.10 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai. Rekod individu tersebut tentu ada pada pihak polis, seharusnya inkues ini memberi fokus kepada individu tersebut apabila di sambung lagi pada 8 September ini.

No comments:

Blog Archive