Wednesday, August 26, 2009

Faktor-faktor penyebab Teoh Beng Hock bunuh diri

Terbongkarnya rahsia penipuan yang dilakukan oleh TBH, sudah tentunya berkerjasama dengan beberapa syarikat dummy, dimana Tan Boon Hwa, Lee Wye Wing dan YB Ean Yong Hin Wah tahu tentang penipuan ini.

Teoh Beng Hock tahu benar bahawa penipuan yang dijalankan sejak mac 2008 hingga julai 2009, pasti akan terbongkar, dengan disitanya laptop dan cpunya oleh sprm. Kegelisahan dan tertekannya TBH telah terserlah bermula dari perjalanan dari pejabat ke Plaza Masalam di mana pejabat sprm terletak. Reaksi TBH ini digambarkan oleh pegawai sprm yang ditugaskan membawa TBH ke pejabat sprm bersama laptop dan cpunya pada 15 julai 2009.

Pegawai yang ditugaskan membawa TBH, laptop dan cpu milik TBH, Mohd Azar Abang menteri memberitahu inkues, bahawa TBH sangat tidak tenang, baik semasa perjalanan ke pejabat sprm maupun di pejabat sprm. Mohd Azhar, nampak TBH selalu menggunakan telepon bimbitnya memanggil seseorang berbangsa cina.

Gelagat TBH yang gelisah tersebut dapat dirasakan oleh Mohd Azar, sehingga pukul 10 malam 15 julai. Keadaan ini juga di gambarkan oleh pengawai penyiasat Mohd Anuar Ismail(MAI) semasa beliau menjalankan soal jawab, terlalu nampak sangat kegelisahan TBH. Semasa sesi soal jawab tersebut, MAI memberitahu inkues, bahawa maklumat tuntutan yang dijumpai dalam laptop dan cpu TBH, kebanyakkanya TBH tidak dapat memberi penjelasan.

Pegawai sprm yang diberi tugas untuk merakam percakapan TBH MOhd Nadzri Ibrahim, juga mengatakan bahawa selama perakaman percakapan TBH, TBH tidak tenang dan merasa sangat tertekan.

Sebelum rakaman percakapan TBH selesai dibuat, seorang pegawai sprm yang bernama bulkani paharudin ada menyaksikan bahawa pada kira-kira pukul 2 pagi 16 julai, TBH bergaduh dengan Tan Boon Hwa di tandas lelaki di pejabat sprm. (Tan Boon Hwa,walaupun sesi rakaman percakapannya telah siap pada 1.30 pagi, tetapi enggan pulang, dan mahu tinggal dalam pejabat sprm).

Rakaman percakapan TBH telah selesai dibuat pada kira-kira 3.45 pagi 16 julai, namun TBH tidak terus pulang, akan tetapi berehat di sofa pejabat sprm. TBH tidur-tidur ayam di sofa tersebut, sehingga pukul 5-5.30 pagi, TBH kelihatan mundar mandir di ruangan pejabat sprm.

Mohd Anuar Ismail, sebagai pegawai penyiasat kes ini, tidak dapat mengetahui apa yang diperbuat oleh TBH, kerana pegawai ini tidur sehingga 8.30 pagi 16 julai, 2009.

Antara pukul 5-5.30 pagi hingga 7.15 pagi 16 julai, ada kemungkin kah Tan Boon Hwa untuk kali kedua membuat provikasi kepada TBH? Mungkin dalam provikasi tersebut, Tan Boon Hwa ada memberi tahu, bahawa jangan babit kan sesiapa terutama YB Ean Yong Hin Wah, dan sebaliknya terpaksa tanggung sendiri, membuatkan TBH tambah tertekan lagi. Ada kemungkin kah pada jam-jam tersebut selain TBH, Tan Booh Hwa, ada lagi 2 orang asing yang TBH kenal,kerana itu, dr Khairul Azman Ibrahim sebelum ini ada memberi tahu inkues, bahawa tiada tanda-tanda pergelutan pada badan TBH semasa postmortem dijalankan.

Ada kemungkin kah pada jam-jam tersebut TBH mengancam untuk terjun, kerana desakan Tan Boon Hwa dan 2 orang asing tersebut? TBH dalam keadaan tertekan, duduk di tingkap T-14 di mana TBH terjun. Semasa duduk tersebut, TBH ditolak oleh seseorang, dan seorang lagi coba menyelematkannya dengan cara memegang tali pinggang dan rantai jam tangannya? Namun kerana berat badan TBH yang dikatakan 70 kg, tali pinggang dan rantai jam tidak mampu menampung beban tersebut.

Pada masa ditolak tersebut seluar TBH tersangkut dan terkoyak seperti dipotong. Berasaskan kepada teori ini, ada 2 kemungkinan apa yang terjadi, pertama TBH di tolak dan coba diselamatkan, kedua memang terjun dengan sukarela dan coba diselamatkan. Apa kah teori ini dapat dirungkai melalui inkues ini? sama-sama kita tunggu perjalanan inkues ini esok, dengan mendengar saksi ke-17 Mohd Azhar Abang menteri.

No comments:

Blog Archive