Inkues hari ini diberitahu bahawa terdapat dua DNA lelaki misteri yang ditemui di bahagian pakaian dan talipinggang yang dipakai oleh mendiang TBH semasa ditemukan mati di tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai yang lalu.
102 sampel DNA yang telah dianalisis oleh pihak Jabatan Kimia, untuk sementara tidak menemukan padanan dua DNA lelaki misteri tersebut. Hingga pada masa ini ada dua orang lelaki cina yang ada hubungkait dengan kematian TBH menolak sampel DNA mereka diambil, iaitu Tan Boon Hwa dan Lee Wye Ming.
Demi merungkai masalah DNA ini dan opini massa waktu ini mengarah kepada dua lelaki ini, adalah lebih baik kedua lelaki cina ini memberikan sampel DNA mereka. Jika sekiranya mereka enggan juga, pihak polis perlu bertindak.
Jangan kerana dua orang ini, perjalanan inkues kematian mendiang TBH terhalang dan teka teki punca kematian ini akan terus menjadi tanda tanya.
No comments:
Post a Comment