Showing posts with label pkr sabah. Show all posts
Showing posts with label pkr sabah. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

PKR Sabah Lumpuh-5 Ketua Cabang Keluar parti Menyertai UMNO


Bertempat di Ibu Pejabat Umno Sabah, tidak disangka kehadiran lima Ketua Cabang PKR Sabah yang di Ketuai oleh Mazry Nasir Ketua Cabang PKR Sandakan, disertai Ketua Cabang Kota Belud dan tiga lagi daripada Putatan Zainal Atin, Kalabakan-Surianshah dan Batu Sapi-Zainuddin Hassan Timbalan Ketua Cabang. Mazri kanan sekali berdepan dengan pembesar suara RTM.

Twitter Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan yang juga calon BN P169 Kota Belud mengsahkan penyertaan mereka ke dalam Umno.

Sementara itu kedudukan Ansari Abdullah Ketua Cabang Tuaran dan Dr Chong Eng Leong Ketua Cabang Sepanggar masih tunggu dan lihat

Monday, February 07, 2011

PKR Sabah: Majlis Presiden- apa itu?

Hanya kerana Ketua PKR Sabah yang gagal itu keluar parti-maka MAJLIS PRESIDEN untuk memimpin PKR Sabah sementara waktu DITUBUHKAN.

Dalam kenyataan malam tadi, Dr Wan Azizah memberitahu, majlis 11 anggota itu juga dipertanggungjawabkan untuk menjelajah seluruh Sabah untuk mendapatkan maklum balas bagi digarab dalam manifesto yang akan dibentangkan dahulu dalam Konvensyen PKR Sabah pada akhir Mac depan.

Sebelas portfolio itu: 1) kewangan, keselamatan dan imigrasi; 2) pembangunan luar bandar; 3) pembangunan infrastruktur; 4) kerajaan tempatan dan perumahan; 5) pembangunan perindustrian dan perhutanan; pembangunan dan pengurusan tanah; 7) kesihatan, pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna; 8) belia dan sukan; 9) pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar; 11) pendidikan, pembangunan sumber manusia dan kemajuan teknologi maklumat dan 11) pertanian dan industri makanan.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendekatan baru itu untuk memastikan sumber dan gerak kerja PKR Sabah ditumpukan kepada usaha mewujudkan agenda yang lebih adil kepada rakyat Sabah, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.

"Majlis Presiden ini diamanahkan untuk menghasilkan dokumen manifesto pilihan raya yang menggarab dan melambangkan komitmen PKR Sabah untuk mengembalikan maruah, keadilan dan pembelaan kepada rakyat Sabah.

"Dokumen akhir itu akan menyenaraikan dasar dan janji PKR Sabah dalam isu-isu penting yang dekat dengan rakyat Sabah mencakupi keseluruhan aspek politik, ekonomi dan sosial," kata Dr Wan Azizah.

Menurut Dr Wan Azizah, tugas anggota majlis itu dibentuk berdasarkan isu besar dan fungsi kerajaan Sabah, bertujuan memberikan fokus dan latihan kepada pimpinan negeri memantau prestasi pentadbiran kerajaan sedia ada dan membina kemahiran pentadbiran yang diperlukan.

"Usaha mewujudkan pemantauan yang tersusun seperti ini diharap akan membawa era baru arus politik yang lebih sihat dan menguntungkan rakyat," katanya lagi.

Anggota dan portfolia dalam Majlis Presiden yang dipegangnya akan dinyatakan kemudian, tambah Dr Wan Azizah.

Monday, December 21, 2009

Anwar: Kemelut PKR Sabah Selesai

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini.

Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggota yang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telah menjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.

"Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota) menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kita mahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan, Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di Penampang semalam.

Dr Jeffrey, bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semua perkara telah selesai.

Dalam dua bulan lepas, PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkan peletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Okt, kerana tidak puas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti.

Sejurus selepas itu, Christina Liew turut meletak jawatan sebagai anggota majlis tertinggi (MT) PKR. Sabah mempunyai seorang lagi wakil di MT iaitu Ansari Abdullah.

Bagaimanapun, parti tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Disember, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.

Anwar dalam ucapannya, berkata walaupun pelantikan Ahmad Thamrin mencetuskan kontroversi, tetapi ini mandat diberikan kepada Ahmad Thamrin, sama seperti pucuk pimpinan pusat parti lakukan kepada bahagian-bahagian di Sarawak dan Semenanjung.

Beliau berkata rasionalnya ialah untuk mengangkat barisan pelapis ketika tokoh-tokoh veteran membantu membimbing mereka, seperti mana dilakukan di negeri lain seperti Kelantan, Terengganu dan Johor.

Anwar juga berkata Dr Jeffrey selaku naib presiden yang mengurus hal-hal parti itu di Sabah dan Sarawak, memerlukan kerjasama dari pucuk pimpinan parti kedua-dua negeri itu, begitu juga sebaliknya - bekerja sebagai satu pasukan.

"Dr Jeffrey sebagai naib presiden, kita tahu keupayaan dia... Jadi kita tidak mahu lagi orang pertikai (apa-apa keputusan), yang lepas biar berlalu, dan sekarang kita bergerak ke depan sebagai satu pasukan," kata Anwar.


Beliau memberi amaran bahawa parti tidak akan membiarkan anggota yang terlibat dalam pembentukan sebuah parti baru, atau memainkan sentimen perkauman atau menolak dasar perbezaan agama

Thursday, October 29, 2009

Nizar-Anwar: Jeffery dan Christina Liew Tidak Mampu Membentuk Barisan PKR Yang Kuat

PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.

"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.

"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.

"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.

Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti.

Dalam perkembangan lain, penasihat PKR Anwar Ibrahim telah menjangka perletakan jawatan dua pemimpin tersebut,kerana desas desus mengenainya telah berlangsung lama. Atas sebab itu saya nasihat Presiden parti supaya melantik pemimpin baru yang mempunyai komitmen dalam perjuangan parti. Kata Anwar.

Blog Archive