Showing posts with label mic. Show all posts
Showing posts with label mic. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Presiden MIC dilantik menteri penuh

MIC kini mempunyai dua orang menteri penuh dalam kabinet DS Najib. PM mengumumkan perlantikan G Palanivel hari ini selepas merasmik AGM MIC ke-65 di PICC, Putrajaya.

Dengan pelantikan Palani tersebut, maka berulang zaman pentadbiran Tun Razak, di mana kaum india diwakili oleh dua menteri.

Untuk berdekad-dekad, MIC hanya diwakili oleh mantan Presiden MIC Datuk S. Samy Vellu sehinggalah pada tahun 2008, apabila beliau kalah di Sungai Siput, Perak, kepada Dr Jeyakumar daripada parti PSM.

Dua hari lalu, G. Palanivel berkata, kaum india belum tentu menyokong BN, jika peruntukan yang banyak tidak disalurkan kepada kaum itu. Melalui desakkan itu, DS Najib membacanya bahawa Presdien MIC itu mahukan peranan kaum india dalam kabinet.

Dengan perlantikkan sebagai menteri penuh, kini Palani akan ada bajetnya tersendiri sebagai menteri, oleh itu, beliau dapatlah membantu kaum india.

Apa kah melalui perlantikan Palani sebagai menteri penuh, maka secara automatik kaum india akan menyokong BN? segala-galanya tergantung Palani sendiri.

Monday, September 14, 2009

Pemuda MIC Biadap: Datuk Razali Ibrahim

Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau dan amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu.

"Pergerakan Pemuda Umno berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta.

"Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara," katanya. BERNAMA Sep 14, 09 1:46pm Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau dan amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu.

"Pergerakan Pemuda Umno berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta.

"Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara," katanya.

Saturday, September 12, 2009

Mahathir Tak Rujuk EGM MIC: Mahathir Kata Orang India Tak Sokong MIC Kerana Samy Vellu

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak merujuk sama sekali ulasannya tentang Datuk Seri S Samy Vellu dan musuh politiknya Datuk S Subramaniam kepada pemilihan agung MIC yang berlangsung esok.

Semalam akhbar Tamil Makkal Osai melaporkan kritikan mantan perdana menteri itu terhadap Samy Vellu sebagai presiden MIC yang menyebabkan ketewasan teruk dalam pilihan raya umum lalu dan bekas timbalannya itu – yang bertanding jawatan itu sekali lagi– seorang pemimpin yang baik.

"Saya tidak rujuk pada pemilihan. Saya kata, kelemahan MIC terletak pada Samy Vellu. Saya dengar ramai orang India kata tidak mahu sokong MIC, pasal Samy Vellu," katanya di Petaling Jaya petang ini.

Dr Mahathir diminta mengulas pertembungan terbukanya dengan Samy Vellu - yang membidas semula kritikannya hari ini, sebagai merestui kumpulan pemimpin MIC yang menentang barisan pemimpin yang direstuinya (Samy Vellu) esok.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri kerja raya itu berkata, Dr Mahathir sendiri seorang pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya" sendiri.

Ditemui selepas berbuka puasa hari ini, bekas presiden Umno itu berkata, masyarakat India tidak lagi menyokong MIC kerana bosan dengan kepimpinan Samy yang mahu menguasai parti itu – beliau menguasai parti ketiga terbesar dalam BN selama 29 tahun.

"Sekarang orang India sudah terbahagi kepada lapan parti. Kalau dulu semuanya sokong MIC, sekarang ini, tidak ramai yang sokong MIC. Dan mereka beri alasan yang sama, iaitu mereka dah bosan dengan Samy Vellu yang hendak kuasai MIC,” jelas Dr Mahathir.

"Sampai tidak ada siapa boleh ambil alih daripada beliau. Siapa jadi timbalan beliau, lama sikit, nampak orang itu popular, beliau cantaslah."

Ditanya sama ada Subramaniam terdesak mendapatkan sokongannya untuk menang semula jawatan nombor dua MIC, Dr Mahathir berkata:

"Beliau bukan mendapat sokongan saya. Saya bercakap dengan Makkal Osai, saya jawab itu."

Beliau menambah, sebelum pilihanraya umum tahun lepas, ramalannya bahawa MIC akan tewas sekiranya Samy Vellu terus memimpinnya telah menjadi kenyataan.

Dr Mahathir juga mendakwa bekas anggota kabinetnya itu pernah berbohong kepadanya berhubung kenyataan bahawa mantan pengerusi BN itu tidak pernah menolong kaum India.

"Tentang beliau kata saya tidak pernah tolong orang India, dulu sekali beliau berkata pada akhbar.

“Lepas itu, semasa (saya) di Syria, beliau telefon saya, kata beliau tidak pernah berkata (demikian). (Samy Vellu beritahunya) itu semua laporan tidak benar.

"Apabila saya balik sini, akhbar itu tunjuk rakaman, beliau benar-benar berkata saya tidak pernah menolong orang India. (Kenyataan Samy Vellu) itu tidak benarlah. Saya tolong semua kaum, bukan orang Melayu saja," jelas Dr Mahathir panjang lebar.

Tambahnya, jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang.

MCA kini bergelut menghadapi krisis dalaman susulan ketegangan presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat dengan timbalannya yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sehingga memaksa kemungkinan wujudnya dua mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Blog Archive