Showing posts with label jenayah rompakan. Show all posts
Showing posts with label jenayah rompakan. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

News Semalam: Pegawai Keselamatan Bank Bunuh Pegawai Bank

SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Friday, September 04, 2009

Rompakan Mata Wang Asing Di Sri Kayangan Shah Alam: Hadiah Perlantikan Musa Hassan

Rompakan nekad 1.30 tengah hari tadi yang melibatkan wang asing dianggarkan berjumlah 400 ribu ringgit hadiah istimewa Musa Hassan kerana dilantikan semula selama setahun sebagai Ketua Polis Negara.

Rompakan nekad tersebut dipercayaai dilakukan oleh 4 orang penunggang motosikal.

Cara operandi mereka adalah dengan menghampiri kereta pacuan 4 roda yang membawa wang asing tersebut untuk diagihkan kepada beberapa penghuruf wang di Shah Alam.

Perompak dipercayaai menggunakan senjata semiautomatik, berasaskan kelosong yang ditemui oleh pihak polis.

Siasatan mengenai rompakan masih diteruskan. Orang ramai yang mengetahui dan mempunyai maklumat mengenai rompakan ini di minta menghubugi balai polis terdekat atau rakan cop.

Rompakan bersernjata ini adalah rompakan yang sekian kalinya, namun pengkapan suspek hingga kini belum terungkai oleh pihak polis.

Blog Archive