Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts

Saturday, August 28, 2021

ZAHID TERUS MINTA PERHATIAN


DATUK Seri Ahamad Zahid Hamidi, masih berusaha menarik perhatian, dan terbaharu, mendesak Dato Seri ismail Sabri Yaakob menubuhkan RCI untuk menyiasat Tommy Thomas berkaitan pengelibatan pemimpin kerajaan dalam isu pendakwaan terpilih era Kerajaan Pakatan harapan (PH).

Zahid adalah antara pemimpin yang dibawa ke mahkamah era kerajaan PH, atas tuduhan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram.

Awal minggu ini, Presiden Umno tersebut menarik perhatian media, apabila gagal hadir ke mahkamah, kerana dimasukkan ke sebuah hospital swasta, kerana menjalani pembedahan tulang belakang.

Semalam, beliau dibenarkan keluar daripada hospital, dan malamnya mempengerusikan mesyuarat MKT Umno.

Awal bulan ini, Zahid menjadi tumpuan berita, apabila bersama 14 ahli parlimen Umno bertindak menarik sokongan terhadap Tan Seri Muhiyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional, yang menyebabkan PM-8 negara tersebut tiada pilihan, dan meletakkan jawatan pada 16 Ogos. Pengganti beliau dilantik 5 hari kemudian, iaitu pada 21 Ogos.

Thursday, May 23, 2013

Zahid Hamidi- King Ghaz kedua

DATUK AHMAD ZAHID HAMIDI- HANYA seminggu dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN)- pembangkang yang selama ini menjadikan negara sebagai pentas MENABUR FITNAH  mereka, kini menjadi kelam kabut.

Tindakan Zahid dengan memberi kuasa penuh kepada Pasukan Polis berkaitan keselamatan dan Keamanan negara, mengingatkan kita semasa Tan Sri Ghazali Safie sewaktu masih ada kegiatan komunis dalam negara ini.

Untuk sementara memang yang kecil-kecil dahulu ditangkap; bermula dengan Adam Adli, kemudian pada hari ini Tian Chua, Harris Ibrahim dan Tamrin Ghafar telah masuk lokap kerana meniupkan fitnah di kalangan rakyat.

Penulis terkejut juga, apabila anak Tun Ghafar Baba itu ditahan, kerana beliau tidak mempunyai rekod ekstrimis sebelum ini.

Individu-individu seperti Hishamuddin Rais, Chegubard, Anwar Ibrahim, Nik Nazmi- Adun Sri muda Selangor, Ambiga; adalah para individu yang dalam senarai bakal diamankan. Lim Kit Siang juga tidak terlepas bakal diamankan.

Adalah sesuai melokapkan para individu ini, kerana mereka bukan membawa suara ramai, sebaliknya suara pelampau, yang dicerminkan oleh undi melalui kawasan-kawasan yang didiami pelampau.

Blog Archive