Showing posts with label UG. Show all posts
Showing posts with label UG. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Sekiranya Perpaduan Umno-Pas Wujud Wiranya adalah Dr Hasan Ali

Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah lekang dirundung kontroversi dan kali ini pesuruhjaya PAS Selangor dan pakar motivasi itu, dikaitkan lagi dengan isu kerjasama Umno-PAS.

Selepas selamat daripada diheret ke muktamar khas seperti cadangan awal Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat tahun lalu, tersebar pula khabar angin Dr Hasan menemui mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria - yang menawarkan diri sebagai pengantara - bagi membincangkan perkara itu.

Semuanya bermula apabila Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua yang bermusuh itu.

Bagaimanapun, ekoran pendirian Harussani yang enggan mendedahkan nama pihak terbabit, timbulnya lebih banyak spekulasi, khususnya di laman blog dan antara pemimpin akar umbi PAS sendiri.

Sebuah blog yang tak jemu-jemu membangkitkan isu tersebut - dengan mengaitkannya dengan idea kerajaan perpaduan - Malaysia Waves dengan terang-terang mendakwa pemimpin yang dimaksudkan Harussani itu ialah Dr Hasan.

"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali)," katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan "kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja".

ADUN PAS akui pertemuan

Pertemuan tersebut dirakam dalam bentuk video dan pemiliknya tidak mahu mendedahkannya kecuali Dr Hasan Ali menafikan sendiri pertemuan itu, tulisnya dalam artikel berjudul 'Harussani jumpa Hasan Ali' semalam.

Tidak jelas butiran lanjut pertemuan tersebut, bagaimanapun difahamkan pertemuan tersebut diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu selama kira-kira 20 minit.

Desas-desus berhubung kesahihan pertemuan itu dikuatkan lagi apabila seorang pemimpin PAS Perak Khalil Idham Lim mengakui kewujudan pertemuan itu.

Menurut ketua penerangan PAS negeri itu Khalil Idham Lim, beliau tahu dengan siapa Harussani bertemu, di mana pertemuan itu diadakan - lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

"Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Menulis dalam blognya pada 18 Julai, Idham bagaimanapun mendakwa pertemuan tersebut sebenarnya bagi tujuan lain - yang tidak dinyatakan.

"Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan Umno seperti yang didakwa olehnya (oleh Harussani)," katanya dalam artikel berjudul 'Saya tahu siapa jumpa Harussani'.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Harussani dan Dr Hasan buat masa ini masih belum berhasil.

'Tunggu Dr Hasan dari UK'

Bagaimanapun, Khairuddin ketika dihubungi menafikan perkara itu.

Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.

Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.

"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sejak 2008, tidak berapa lama setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor.

'Kemarahan' Nik Aziz pada Oktober tahun lalu yang mencadangkan PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan dianggap sebagai cabaran paling getir buatnya.

Ranjau-ranjau Perpaduan Umno-Pas Semakin Terhakis

Ranjau-ranjau perpaduan Umno-Pas hanya pada beberapa kerat pemimpin parti Pas dan Umno.

Sallehuddin Ayub, Mahfuf Omar,Hussam Musa daripada Pas merupakan ranjau-ranjau berduri yang menjadi penghalang kepada perpaduan Pas dan Umno. Sementara itu daripada pihak Umno pula ada lah melalui ketua pemudanya Khairy Jamaluddin.

Isu kerjasama Umno-PAS muncul selepas pilihan raya umum 2008 dan diketengahkan beberapa kali sepanjang dua tahun lalu, dan yang terbaru awal bulan ini.

Semalam Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mendakawa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak sehingga terpaksa menggunakan ulama dan mufti dalam isu syor kerjasama Umno-PAS, sekali gus mencetuskan persepsi negatif tentang PAS.

Tuan Ibrahim menghandaikan pada situasi sekrang ini Pas berada dalam keadaan tersepit kerana apabila PAS tolak Umno, ia akan memberikan gambaran negatif di kalangan masyarakat bahawa PAS tidak mahukan perpaduan.

Najib sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri dilihat oleh tokoh-islam termasuk para mufti bahawa beliau mempunyai kesungguhan menyatupadukan kaum melayu dan islam, atas sebab itu para ulama dan mufti mengsyorkan agar ada kerjasama Umno dan Pas.

Najib bukan lah mempergunakan para ulama dan mufti untuk meniakkan imej Umno, yang menurut beberapa pemimpin PAS yang memang anti perpaduan melayu dan islam, akan tetapi para tokoh agama itu melihat bahawa percakaran antara melayu dan sesama islam hanya dapat dielakkan melalui kerjasama antara Umno dan Pas.

Ekoran bangkitnya isu perpaduan antara Umno-Pas awal minggu ini yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhiyidin Yassin, maka berbagai maklum balas telah kedenagarn termasuklah pandangan daripada mufti Perak.

Semenatara itu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menjadi tumpuan dalam isu ini berkata Najib bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Harussani berkata, keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam.

“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.

“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini,” katanya.

Menurut Harussani, Perdana Menteri berharap PAS tidak akan berdolak-dalik dalam perkara ini.

Malah Najib mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.

Bagaimanapun, beliau berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.

Pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa pertubuhan bukan Melayu menyambut baik idea ini tetapi PAS berpegang teguh dengan pendirian muktamar tahunan 2008 dan 2009 bahawa ia akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Tuesday, July 13, 2010

Secara Rasmi Atau Tidak Umno Akan Bincang Dengan Pas Demi Melayu: Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu, timbalan perdana menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

"Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Semalam akhbar memetik anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan PAS terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

"Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah," katanya.

Muhyiddin juga berkata kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan siapa-siapa saja menubuhkan pertubuhan asalkan ianya untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.

"Sesiapa sahaja boleh tubuhkan...nak kata Chinese PERKASA ke, Malay ke, Indian PERKASA," katanya mengulas cadangan naib presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang mencadangkan agar sebuah PERKASA Cina ditubuhkan.

Friday, February 12, 2010

Apa Muslihat Nik Aziz Nak Bincang ?

Sebelum Umno memberi sambutan kepada pelawaan Nik Aziz ini elok ikuti bagaimana Nik Aziz tolak kerajaan Perpaduan (UG) suatu masa dulu dan saranan AYT pada masa itu.

Setelah mengelarkan dirinya NAHKODA PAS, sekarang golongan PAS yang menyokong kerajaan PERPADUAN digelar pula BONEKA UMNO.

Sebagai nahkoda; TGNA secara pribadi menolak kerajaan perpaduan PAS-UMNO, namun isu kerajaan perpaduan terus muncul, dibincangkan, malah mendapat liputan media massa maupun para blogger baik yang pro UMNO maupun pro PAS.

Setelah penolakan demi penolakan yang dicanangkan oleh TGNA tentang kerajaan perpaduan, sesering itu juga isu mengenainya terus dikumandangkan dan ditiupkan.

Menyedari bahawa penolakan pribadi mengenai isu kerajaan perpaduan, tidak berhasil meredahkan perbincangan mengenainya, TGNA pula mengambil langkah seterusnya, yakni bersifat uggutan dan megelarkan bahawa golongan yang bersetuju dengan kerajaan perpaduan adalah Boneka UMNO.

Menurut pendapat TGNA dengan memberi ugutan seumpama ini adalah diharapkan isu kerajaan perpaduan akan terlipat baik-baik dan tidak akan mendapat perhatian lagi.

Penolakan dan memberi kata-kata ugutan yang bersumber dari pemimpin setinggi TGNA mesti bersandar kepada fenomena yang terjadi dalam parti yang dipimpinnya itu.

Apakah fenomena ini berpunca kepada khabar-khabar angin bahawa parti PAS mengalami krisis keyakinan sesama pemimpin ataukah tindakan TGNA ini merupakan kata-kata penguji “ testing the water” dalam usaha menilai sejauh manakah sambutan ahli-ahli akar umbi terhadap idea DHH terhadap kerajaan perpaduan?

TGNA adalah pemimpin yang dilahirkan melayu, dilahirkan islam. TGNA adalah pemimpin warak dan dihormati semua pihak. Secara peribadi boleh sahaja beliau mengeluarkan kata-kata yang bersifat menolak,kata-kata yang bersifat ugutan, akan tetapi sebagai pemimpin sebuah parti besar, beliau juga terpaksa akur dan setuju kehendak akar umbi yang menjadikan parti pimpinannya parti besar.

Seorang pemimpin bijaksana seperti TGNA tidak akan tergamak menolak keinginan majoriti ahlinya, jika majoriti menginginkan bahawa kerajaan perpaduan lebih banyak membawa erti dan manafaat kepada bangsa, agama dan negara.

Kejadian demi kejadian terpampang di mata TGNA, bahawa mantan menteri besar Perak menjadi budak suruhan DAP, menjadi kuda tunggangan DAP, sehinggakan sifat kemelayuan dan cara-cara islamnya terhakis, kerana dipandu arah oleh DAP melalui Dato Nga. Mantan MB Perak itu seolah-olah kehilangan arah dan panduan, sehingga langit yang dijunjungpun beliau tidak nampak lagi, bumi yang dipijakpun tidak tahu rendah dan tingginya. TGNA dalam hati kecilnya sebenarnya tidak sanggup menyaksikan kejadian-kejadian ini, akan tetapi sebagai pimpinan beliau terpaksa menunggu kelibat para ahli akar umbi, sebelum membuat langkah simpul yang benar-benar ampuh.

Kelibat rakan-rakan dalam Pakatan terutama DSAI yang mencangkan bahawa Chin Peng perlu dibenarkan pulang ke Malaysia, merupakan tantangan kepada TGNA. TGNA sebagai pemimpin veteran dan lama terlalu masak dengan sejarah dan kejadian-kehadian yang pernah dilakukan oleh PKM dibawah pimpinan Chin Peng. TGNA benar-benar arif tentang keganasan PKM terhadap kaum melayu dan penduduk yang tidak bersimpati kepada mereka.

Slogan ketuanan rakyat yang diagungkan oleh DSAI dan LKS, menjadi jadam kepada TGNA. TGNA adalah seorang melayu sejati, seorang pejuang agama yang sukar dicari ganti. Adalah tidak terlintas difikirannya, bahawa Malaysia akan bertukar republik, menghapuskan fungsi raja berpelembagaan.

Cabaran-cabaran kepada TGNA bukan terhad kepada kelibat rakan-rakannya dalam Pakatan yang bersifat idealogi akan tetapi cabarannya terhadap perilaku warga kaum melayu sendiri baik yang ada dalam PKR maupun UMNO. TGNA perlu mengorbankan ego sendiri untuk menyelamatkan individu tertentu dalam UMNO mapun PKR yang bertopengkan islam akan tetapi perbuatan mereka sama sekali bukan berlandaskan ajaran islam yang sebenar.

TGNA perlu bertindak agar kerajaan perpaduan yang sekarang sedang hangat dibincangkan cepat-cepat dipersetujui, agar supaya “ enggang pulang ke gagang” menjadi kenyataan. Melalui kerajaan perpaduan, bukan sahaja PAS akan menjadi semakin kuat, parti UMNO pula akan ikut kuat, kerana akan terbersih daripada petualang-petualang yang berjuang bukan kerana agama, bangsa dan tanah air akan tetapi demi kepentingan diri sendiri.

Blog Archive