Showing posts with label Parti Pembangkang.. Show all posts
Showing posts with label Parti Pembangkang.. Show all posts

Friday, October 14, 2016

Perlukah Rakyat Sokong Pemimpin Tamak?

Perlu anda tanya diri anda, apa yang belum diperolehi Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin, Datuk Shafie Apadl, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan lain-lain mantan pemimpin Umno? Hanya kematian sahaja belum mereka rasa, manakala semua nikmat dunia mereka sudah rasa dan pernah miliki.

Mengapa selepas memiliki semua nikmat dunia melalui Parti Umno, kemudiannya mereka mahu menumbangkan Umno? sebabnya kerana ketamakkan.

Lihat sahaja kelibat mereka. Mereka menubuhkan parti masing-masing, atas sebab ketamakkan. Di antara mereka, tidak dapat menentukan siapa ketua, dan yang paling ketara, setiap daripada mereka itu, mahu posisi apabila kononnya, parti BN tumbang dalam PRU-14 akan datang.

Tun Dr Mahathir bersama Muhiyiddin dengan PPBMnya, Anwar dengan PKRnya, Shafie Apdal (dengan parti bulan bintangnya). Jika kumpulan Mahathir dan Anwar berebut, siapa di antara mereka jadi Perdana Menteri, manakala Shafie berebut jawatan Ketua Menteri, dengan pemimpin Sabah yang lain, di mana, masing-masing juga mempunyai parti sendiri. Lajim dengan parti barunya yang belum diumumkan, Dr Jeffery, Bumburing, Yong Teck Lee, juga serupa. Mereka bersaing sesama sendiri, berebut, siapa Ketua Menteri.

Melihat kelibat mereka itu, jelas mempergunakan rakyat, untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Rakyat dijadikan bola, dijadikan barang permaian mereka. Mereka berselindung kepada berbagai dakwaan kepada kerajaan, mereka berselindung dengan kenyataan retorik, kononnya mahu menyelamatkan Malaysia. Namun mereka, tidak dapat menguraikan, apa sebenarnya yang mahu diselamatkan.

Manakala di Sabah pula, kumpulan pembangkang berteriak-teriak dengan slogan Sabah For Sabahan, namun sebenarnya semasa mereka mempunyai kuasa, merekalah agen kepada kemusnahan harapan rakyat Sabah.

Shafie dengan kemudaratan yang dilakukannya semasa menjadi menteri KKLW,malah hampir menjual Yayasan Sabah semasa Datuk Sakaran Dandai Ketua Menteri, Yong bersama kerakusannya semasa menjadi Ketua Menteri Sabah, Lajim dengan ketamakkannya semasa menjadi anggota kabinet negeri Sabah, demikian juga Bumburing semasa menjadi anggota kabinet era PBS. Jeffrey pula, mempunyai rekod buruk semasa menerajui Yayasan Sabah dan Innoprise anak syarikat Yayasan Sabah.

Sebenarnya latar belakang kepada semua pemimpin pembangkang, adalah ketamakkan, bukannya bermatalamat membela rakyat. 

Rakyat negara ini, perlu sedar, bahawa ketamakkan yang melekat pada para pemimpin pembangkang, kalau diberikan kuasa, akan memudaratkan negara ini. Pengalaman negara-negara seperti Libya, Iraq dan Mesir, kerana ketamakkan para pemimpin pembangkang menumbangkan kerajaan, maka selepas bertukar atas baantuan asing, keadaan negara itu, kembali ke era pra kemerdekaan, bukan sahaja ekonomi lembab, akan tetapi rakyatnya menjadi sengsara.

Pengalaman Sabah bertukar-tukar kerajaan, perlu diambil iktibar oleh rakyat negara ini. Akibat bertukar-tukar kerajaan, Sabah menjadi negeri termiskin sehingga tahun 2009. Kalau bukan kerana kerajaan yang setabil, bermula tahun 1994, kemungkinan Sabah masih berada dalam kategori negeri termiskin.

Khusus bagi Sabah, rakyat Sabah tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman. Ketua Menteri itu, sudah bertindak betul dalam mengurus negeri. Di peringkat negeri, perekonomian terus tumbuh dengan pesat. Pembangunan berjalan sesuai dengan perancangan. Namun, apa yang malang, sokongan Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Luar Bandar dan wilayah, yang mana peruntukan persekutuan untuk membina prasarana Luar Bandar, seperti Bekalan Air Bersih (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan jalan raya luar bandar, disalahguna, sehingga hak rakyat mendapatkan prasarana itu dinafikan. Jika pemimpin Sabah yang diberi kepercayaan memimpin KKLW benar-benar mempergunakan peruntukan RM3.3bilion sejak tahun 2010, untuk membina prasarana luar bandar, sudah tentu, rakyat Sabah akan hidup selesa. Sayang sungguh, peruntukan sebanyak RM3.3bilion, hanya 40 peratus sampai ke lapangan, manakala bakinya masuk ke poket, para petualang.

Kepada rakyat, melihat kepada fakta-fakta yang disebutkan, boleh kah rakyat menyandar harapan anak cucu kepada para pemimpin tamak?

Wednesday, October 05, 2016

Calon Perdana Menteri- Pembangkang Keliru

Tun Dr Mahathir menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, jika pembangkang berjaya menumbangkan BN. Di lain pihak, pembangkang DAP, PKR dan Amanah, masih mengekalkan DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Keputusan unilateral Mahathir, menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, menandakan, bahawa mantan Perdana Menteri itu, mahu sebagai orang yang berkuasa di belakang tadbir; sebabnya, beliau merupakan Pengerusi parti di mana Muhiyiddin bernaung. 

Pada PRU-13, apabila berlaku pakatan antara DAP-PKR dan Pas, secara keseluruhan mampu menang 89 kerusi parlimen daripada 222. Namun, pakatan tiga parti pecah, apabila PAS keluar dan digantikan parti serpihan PAS, Amanah. 

Pakatan DAP-PKR-Amanah, belum menunjukkan kemampuan, walaupun menyertai PRN Sarawak dan PRK berkembar Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar Perak. Melalui pilihanraya itu, menyaksikan pakatan tiga parti itu kalah teruk, malah DAP kehilangan banyak kerusi di Sarawak. 

Kini, dengan terbentuknya parti PPBM, tajaan Dr Mahathir, bertujuan untuk menarik sokongan penyokong Umno. 

Parti pembangkang, terlihat, sukar berkompromi antara satu sama lain, ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir berhubungan dengan calon Perdana Menteri. Jika DAP-PKR-Amanah akur dengan keputusan Dr Mahathir itu, maka dengan sendirinya mantan Perdana Menteri itu dianggap sebagai defacto Leader parti-pembangkang, ertinya mengenepikan DS Anwar Ibrahim.

Kata orang dalam politik, tiada kawan kekal, demikian juga tiada musuh selamanya. Biasanya istilah ini, berlaku antara pemimpin, tetapi tidak mudah bagi penyokong. Boleh kah penyokong Anwar menerima, bahawa ketua mereka dengan mudah disingkir dan digantikan oleh musuh lamanya? Boleh kah anak-anak Anwar, khususnya Nurul Iman menerima? Umum mengetahui, bahawa PKR adalah parti anak beranak Anwar, keputusan parti bergantung kepada keputusan anak beranak Anwar.

Mungkin DAP, dapat menerima Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin, kerana parti itu senantiasa mendapat keuntungan apabila kaum melayu berpecah. Terlihat, melalui PRU 2008 dan 2013, perpecahan melayu menguntungan DAP. Bagi DAP antara Dr Mahathir, Muhiyiddin dan Anwar tiada beza, kerana ketiga-tiga pemimpin itu mempunyai penyokong melayu, dan penyokong mereka itu akan mengundi calon-calon DAP. 

Parti DAP sebenarnya hanya mempunyai saingan kecil di kawasan majoriti cina, kerana MCA dan Gerakan, bukan lagi saingan parti itu. MCA dan Gerakan, masih bertapak kerana sokongan penyokong Umno di kawasan-kawasan di mana MCA dan Gerakan menang, manakala di kawasan-kawasan di mana Umno bertanding dan memerlukan sokongan kaum cina, MCA dan Gerakan tidak mampu memberi sokongan, untuk memenangkan calon Umno.

PRU-14 akan datang, sukar untuk diramal, sebabnya kedudukan Parti Pas yang tiada komitmen terhadap parti yang dianggotai DAP dan Amanah. Mungkinkah keadaan tahun 1990 berulang? DAP-S46 dipanggil Barisan Alternatif (BA) yang kemudiannya disertai Parti Bersatu Sabah (PBS), manakala Pas-S46 dipanggil Angkatan Perpaduan Ummah (APU). BA dan APU dibawah pimpinan Tengku Razalegh Hamzah- Presiden S46.

Walaupun keadaan tahun 1990 berulang, pembangkang masih juga bertelagah berhubungan dengan calon Perdana Menteri. Bersediakan Muhyiddin hanya menjadi Perdana Menteri sementara? menunggu proses pengampunan DS Anwar Ibrahim, dan kemudian menunggu PRK, bagi membolehkan beliau bertanding. Melihat kepada senario tersebut, jika rakyat negara ini, menyokong pakatan parti pembangkang berbanding BN pada PRU 14, maka keadaan itu mencipta keadaan tidak menentu dalam negara ini. Keadaan dalam negara bakal kucar kacir, memandangkan mereka yang menerajui kerajaan bagaikan singa lapar di tengah padang savanna. Jika keadaan itu, berlaku, penyesalan tidak berguna lagi, kerana nasi telah menjadi bubur. Oleh sebab itu, jangan curah air tempayan, kerana mendengar guruh di langit.

Blog Archive