Showing posts with label Najib Obama Bertemu. Show all posts
Showing posts with label Najib Obama Bertemu. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Jangan Persoal Bayaran Kepada APCO Tetapi Nilai Kesannya Kepada Negara

Jangan persoal bayaran kepada APCO, akan tetapi nilai kesannya kepada negara.

Untuk pertama kali ini dalam sejarah Malaysia, pemimpin negara di jemput oleh kuasa besar yakni Amerika untuk ikut mesyuarat negara-negara pengeluar senjata nuklear, walaupun negara ini bukan lah negara nuklear.

Ini kesan sebenar perkhidmatan APCO kepada negara ini.

Lihat gambar di atas bagaimana sambutan presiden Obama kepada Najib.

Selain usaha Duta Besar Malaysia Datuk Jamaluddin Jarji, usaha APCO memberi peranan kepada keadaan ini.

Kita jangan lah menjadi negara yang tertutup, bayangkan Singapura yang lebih maju daripada negara inipun mendapat perkhidmatan daripada APCO. Sila layari website APCO, di situ anda dapat mengetahui negara-negara mana di dunia ini yang telah mendapat perkhidmatan APCO.

Dalam perkembangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini telah memberi tahu Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Najib dan Obama Bertemu:Membuka Bab Baru Hubungan Diplomatik AS-Malaysia

WASHINGTON 12 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Walter E. Washington Convention Center di sini, sebelum mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di tempat yang sama.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu yang membuka lembaran baru dalam hubungan Kuala Lumpur-Washington turut disertai oleh Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan tujuh lagi pegawai tinggi kerajaan.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini memberitahu wartawan Malaysia, pertemuan hari ini akan menyentuh pelbagai perkara mengenai kepentingan bersama dan antarabangsa.

Ini termasuk soal perdagangan dan pelaburan, keselamatan antarabangsa dan rantau Asia Tenggara serta peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam konteks dunia Islam.

Najib juga mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden AS, Joseph Biden di kediaman rasminya di sini sebelum kembali semula ke Walter E. Washington Convention Center.

Sebelum ke sidang kemuncak dua hari itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key yang turut menghadiri sidang kemuncak itu yang disertai oleh 47 pemimpin dunia.

Sidang kemuncak yang bertujuan menangani isu-isu berkaitan senjata nuklear bermula selepas itu dengan majlis perasmian disempurnakan oleh Obama.

Najib akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton pada majlis makan malam. – UTUSAN

Blog Archive