Showing posts with label Lim kit siang lawan Muhiyiddin. Show all posts
Showing posts with label Lim kit siang lawan Muhiyiddin. Show all posts

Saturday, April 03, 2010

Usaha Lim Kit Siang Keruhkan Hubungan Najib dan Muhyiddin: Adalah Usaha Terdesak: Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cubaan pembangkang untuk mengeruhkan hubungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu tindakan sia-sia dan membazir masa.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata ini kerana keyakinannya kepada kepimpinan Najib dan perjuangan Umno tidak pernah berganjak dan goyah.

Ia merupakan langkah terdesak pembangkang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya. Justeru, katanya, cubaan terdesak pembangkang itu adalah sia-sia.

"Saya pasti pembangkang nak pecahkan hubungan saya dengan Perdana Menteri tetapi keyakinan dan hubungan saya masih kukuh dan kuat," katanya ketika merasmikan program Juara Rakyat dan pemberian pertama wang ehsan di Machang hari ini.

Kira-kira 5,000 rakyat Kelantan hadir pada majlis anjuran Umno dan BN Kelantan itu.

Muhyiddin berkata kepimpinan Najib sebagai pemacu negara tetap diyakini beliau dan sebarang usaha untuk memecahkan hubungan beliau dengan Najib tidak akan memberikan kesan.

Beliau berkata keyakinan itu berasaskan tempoh genap setahun Najib mentadbir negara yang berjaya menyelesaikan beberapa isu penting termasuk kemelut politik dan ekonomi dunia.

"Bermula 2008 kita tahu pelbagai krisis melanda negara menjadikan keadaan di dalam negara terumbang-ambing namun sehingga kini krisis itu berjaya diselesaikan," katanya.

Beliau berkata bermula pada pilihan raya umum 2008, apabila BN kalah di lima negeri menjadikan keadaan politik terumbang-ambing namun setelah setahun keadaan politik negara sudah stabil dan pembangkang kini dilihat semakin terdesak apabila banyak kelemahan mereka terdedah.

Muhyiddin berkata lama kelamaan rakyat kini sudah sedar mereka telah ditipu oleh pemimpin pembangkang.

Katanya dari aspek ekonomi, kepimpinan Najib dengan berani memberikan suntikan tambahan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion untuk menangani kemelut ekonomi global yang memberikan kesan kepada negara.

"Sekarang ini semuanya sudah stabil dengan banyak negara seperti China dan Jepun ingin mula membeli barangan kita.

"Malahan Perdana Menteri menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini menunjukkan peningkatan positif dari lima peratus hingga enam peratus," katanya.

Friday, April 02, 2010

Kalau Lim Kit Siang Marah Sangat Dengan Kata "Melayu" Buat Usul Agar Perkataan Melayu Dalam Perlembagaan Dibuang: Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar pembangkang membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membuang perkataan "Melayu".

Cabaran itu dilontarkan kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mempersoalkan keseriusan kerajaan melaksanakan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Kit Siang, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak menyokong gagasan tersebut apabila sering mengeluarkan kenyataan yang mendahulukan bangsa Melayu.

"Gagasan 1Malaysia ini berpaksikan Perlembagaan dan kalau Yang Berhormat nak bangkitkan perkara-perkara yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri tadi, yang pertama sekali Yang Berhormat kena serang ialah Perlembagaan Malaysia.

"Dalam Perlembagaan Malaysia disebut Melayu...jadi bermakna apa juga yang kita buat dalam gagasan 1Malaysia tidak boleh membelakangkan apa yang telah dijaminkan dalam Perlembagaan.

"Tetapi kalau rakan-rakan Yang Berhormat Melayu yang lain sebelah pembangkang sana merasakan perlu kita pinda Perlembagaan, buang perkataan 'Melayu', buatlah, runding-runding bawalah usul, supaya kita boleh pinda Perlembagaan," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen.

Justeru itu, Mohamed Nazri berkata gagasan 1Malaysia perlu dilaksanakan dengan mengambil kira batasan yang wujud dalam Perlembagaan khususnya berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu.

"Itu tidak boleh kita ketepikan kerana kalau tidak, ia akan merupakan anti perlembagaan atau menentang perlembangaan, jadi sebab itu Yang Berhormat, kalau ada 1Malaysia pun, kita tak boleh ketepikan jaminan yang sudah kita beri kepada warga Malaysia," katanya.

Beliau berkata ini juga tidak bermakna dengan slogan 1Malaysia, kerajaan boleh mengambil tindakan menutup sekolah aliran China dan Tamil kerana perkara tersebut sudahpun dijamin dalam Perlembagaan.

"1Malaysia tidak boleh menjejaskan apa-apa juga hak yang telah kita ada, wujud dan diberikan kepada kita.

"Jadi, jika Yang Berhormat kata bila buat gagasan 1Malaysia maknanya semua kena menampakkan 1Malaysia, tak bolehlah Yang Berhormat sebab kita ada Perlembagaan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata, kerajaan masih boleh melaksanakan gagasan 1Malaysia di mana yang boleh asalkan tidak menyentuh hak dan keistimewaan yang disebut dalam Perlembagaan secara langsung.

Thursday, April 01, 2010

Iktiraf Bangsa Tidak Bercangkah 1Malaysia: Najib


Konsep 1Malaysia tidak bercanggah jika seseorang menganggap dirinya Melayu atau Cina, terlebih dahulu.

Justeru, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kenyataan timbalannya bahawa bahawa beliau (Muhyiddin) "seorang Melayu" tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

"Apa yang beliau katakan selaras dengan perlembagaan yang menyebut mengenai kaum asal kita. Tapi beliau juga berkata beliau komited kepada 1Malaysia.

"Jadi, saya tidak nampak itu sebagai satu percanggahan. Takkanlah kerana menjadi seorang Melayu, kita menentang 1Malaysia atau kita tidak berfikiran sebagai seorang rakyat Malaysia.

"Begitu juga, jika kita seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, itu tidak bermakna kita tidak berfikiran seperti seorang rakyat Malaysia atau tidak menerima konsep 1Malaysia," katanya kepada Bernama.

Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Muhyiddin mengakui bahawa dia “adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu dia bukan rakyat Malaysia.

Beliau membuat penjelasan itu sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Lim mendakwa pendirian timbalan perdana menteri bercanggah dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu juga mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Muhyiddin juga semalam membidas Lim yang didakwa berniat jahat dan mahu menjejaskan hubungannya dengan Najib.

Wednesday, March 31, 2010

Tabik Kepada Muhyiddin

"Saya adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu saya bukan rakyat Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata demikian sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

"Dia tak faham erti apa itu Persekutuan Malaysia,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, tengah hari tadi.

“Mana boleh saya kata saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Melayu di tempat kedua? Semua orang Melayu akan bidas saya...dan ini tak betul,” katanya.

Lim Kit Siang Tiada Isu Lagi: Muhyiddin Itu Tetap Melayu!!!

Lim Kit Siang tiada isu lagi. Mempersoalkan Muhyiddin melayu kah? 1Malaysia?. Persoalan begini ini, nampaknya Kit Siang sendiri memang tidak mahu memahami apa itu konsep 1Malaysia.

1Malaysia bukan mencinakan melayu, bukan juga memelayukan cina, demikian juga bukan memelayukan india dan seterusnya.

1Malaysia adalah konsep untuk mempererat hubungan antara kaum yang manjemuk di negara ini. Sama seperti kata Najib semasa PM itu pulang ke Pekan, Pahang sebaik sahaja dilantik sebagai perdana menteri, 1Malaysia adalah konsep yang telah lama ada, namun belum dizahirkan ketika itu.

Cabaran Lim Kit Siang kepada Muhiyiddin untuk meletakan jawatan jika gagal mengakui mana yang utama 1Malaysia kah melayu, adalah cabran provokasi dan dangkal. Cabaran ini bermotifkan politik murahan, kerana Lim sendiri tahu bahawa Muhiyiddin itu melayu.

Boleh kah ditanya semula,kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang, di ketuai oleh Lim Guan Eng, kalau benar-benar Lim Kit Siang itu berpernisip Malaysian Malaysia yang gagal itu dan sekarang ini middle Malaysia, berikan jawatan ketua menteri Pulau Pinang kepada Melayu, dan buktikan bahawa kerajaan DAP tidak menindas kaum melayu.

Cabaran Lim Kit Siang ini, seolah-olah dalam 1Malaysia itu, tiada lagi ras di Malaysia ini, kerana melayu telah bertukar jadi cina, cina bertukar jadi bajau, india bertukar jadi iban.

Begini lah sikap manusia yang tidak faham apa itu konsep 1Malaysia, kerana ikut-ikutan, maka memperdangkal pengertiannya, sehingga menimbulkan polimek.

Cabaran Lim Kit Siang dirasakan kerana konsep DAP yang sebelum ini adalah Malaysian Malaysia dan sekarang pula menajdi middle Malaysia, tidak mendapat sambutan dan sokongan, kerana itu, konsep yang mula bertapak di hati rakyat seperti 1Malaysia, diputar belit, agar rakyat menjadi keliru.

Tugas kerajaan selepas ini semakin berat untuk memberi penjelasan konsep 1Malaysia, kerana nampaknya pihak pembangkang mencipta berbagai isu untuk mengagalkannya.

Sebelum ini Anwar Ibrahim mengatakan bahawa konsep 1Malaysia ada kaitan dengan One Israel, dan terkini pula Lim Kit Siang membuat cabaran kepada TPM.

Bagi AYT, apapun cabaran dan dakwaan pemimpin Pembangkang, samada Anwar atau Lim Kit Siang, rakyat tidak lagi mudah terpengaruh, kerana rakyat telah tahu bahawa pembangkang hanya mampu menipu dan berbohong.

Pendedahan beberapa bekas pemimpin pembangkang, menunjukkan, bahawa para pemimpin pembangkang adalah pakar tipu helah.

Blog Archive