Showing posts with label Kuli ganti Anwar. Show all posts
Showing posts with label Kuli ganti Anwar. Show all posts

Tuesday, August 02, 2011

Ketua Pembangkang; Kuli ganti Anwar-memang perkara betul: Zaharin

Sikap membisu pemimpin utama pakatan pembangkang berhubung dakwaan wujudnya pelawaan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahimsebagai Ketua Pembangkang membuktikan kesahihan perkara berkenaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kemelut tersebut jelas menunjukkan pembangkang mula hilang keyakinan terhadap Anwar justeru wujud satu usaha untuk meminggirkan Ketua Pembangkang itu yang dilihat menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"Isunya bukan berkenaan Tengku Razaleigh untuk terajui pembangkang, tapi soal keruntuhan keyakinan mereka terhadap Anwar kerana pertemuan dengan Tengku Razaleigh dan pelawaan untuk beliau mengetuai Pakatan Rakyat adalah benar dan telah berlaku.

"Setakat ini hanya pencacai yang menyalak, pemimpin yang terlibat secara langsung dalam perundingan dengan Tengku Razaleigh diam 1,000 bahasa dan tak berani tampil membuat kenyataan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Minggu lalu Zahrain yang juga bekas pemimpin PKR mendedahkan bahawa Tengku Razaleigh atau Ku Li dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurutnya, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan menemui Ku Li baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

Bagaimana pada Isnin, Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat menerusi status facebooknya menyifatkan dakwaan Zahrain itu sebagai 'lawak jenaka'.

Justeru Zahrain yang tetap berpegang kepada maklumat yang diperolehnya itu mencabar Menteri Besar Kelantan berkenaan tampi lmembuat kenyataan secara terbuka bagi menafikan beliau mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh dan mempelawa veteran Umno tersebut'melompat' dan memimpin Pakatan Rakyat.

"Janganlah Nik (Abdul) Aziz berselindung di sebalik nota di laman facebook kerana tidak mustahil Tok Guru PAS ini akan mengubah kenyataan seperti dalam isu biometrik baru-baru ini.

"Takkanlah Nik (Abdul) Aziz nak berbohong di bulan Ramadan ini... saya cabar beliau buat kenyataan terbuka. Jangan pula beliau nk berlakon seperti orang nyanyuk sedangkan kita tahu beliau belum lagi nyanyuk,lagipun kita tak tahu sama ada Nik Aziz atau orang lain yang menulis dalam facebook itu," katanya.

Ditanya mengenai penafian Anwar bahawa isu berkenaan tidak benar kerana beliau tidak mendapat maklumat mengenainya, Zahrain berkata Penasihat PKR itu tidak layak untuk menafikannya.

"Anwar tak layak nak nafi kerana memang beliau tak tahu tentang perkara ini. Rundingan berkenaan dibuat dibelakangnya tanpa pengetahuannya. Mereka memang nak membelakangkan Anwar.

"Lagipun saya mendapat maklumat bahawa selepas pendedahan saya, Anwa rmengadakan pertemuan dengan (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) HadiAwang dan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang bertanyakan tentang halini...dan mereka sendiri menafikannya.

"Memanglah mereka nafi sebab bukan mereka yang terlibat... Nik (Abdul)Aziz yang berjumpa Ku Li bukannya Abdul Hadi. Malah DAP pun bukan diwakili oleh Lim Kit Siang, ada pemimpin lain," katanya.

Monday, August 01, 2011

KULI ganti Anwar hanya lawak: Nik Aziz

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.

Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.

"Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13.

Blog Archive