Showing posts with label Krisis PKR. Show all posts
Showing posts with label Krisis PKR. Show all posts

Sunday, February 06, 2011

Pajudin keluar PKR sebelum sempat diganti

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pajudin Nordin kemungkinan memutuskan untuk keluar PKR dan menyertai Umno semalam kerana menganggap keputusan menggantikan beliau buat sementara sebagai satu tamparan ke atas kepimpinannya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengakui memang ada keputusan untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui badan perhubungan negeri Sabah buat sementara sehingga krisis semasa reda.

PKR Sabah berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pajudin dilantik sebagai ketua negeri itu pada 10 Januari lalu.

“Beliau (Dr Wan Azizah) sepatutnya mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah daripada Pajudin, kemungkinan buat sementara, kemungkinan untuk beberapa bulan sehingga masalah semasa diatasi,” kata Anwar pada sidang media di akhir lawatan dua hari ke Sarawak hari ini.

“Kemungkinan beliau menganggap tindakan membekukan (pelantikan) beliau sebagai tamparan besar ke atas beliau, jadi beliau tinggalkan parti,” kata Ketua Umum PKR ini.

Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman keluar PKR pada sidang akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu petang semalam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Anwar dan Dr Wan Azizah yang tidak serius dalam menangani masalah-masalah dan isu Sabah.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya... maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti,” kata Pajudin.

Justeru kata Anwar, kunjungan Dr Wan Azizah ke Sabah hari ini tiada kaitan dengan keputusan Pajudin itu.

Dr Wan Azizah mengadakan pertemuan dengan pemimpin cabang di Sabah petang ini.

“Lawatan beliau adalah untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin cabang Sabah dan untuk mengumumkan pembekuan buat sementara pelantikan Pajudin sebagai ketua (PKR) Sabah.

“Sebelum beliau dapat membuat pengumuman, beliau (Pajudin) sudah letak jawatan,” katanya.

Anwar juga berkata pelantikan buat sementara Dr Wan Azizah juga telah dipersetujui oleh kepimpinan pusat tetapi Pajudin menerima keputusan sebaliknya dan rasa kecewa.

Kata Anwar, tiga puak yang terlibat dalam krisis kepimpinan PKR Sabah telah merayu kepada Dr Wan Azizah supaya tidak melantik Pajudin sebagai ketua mereka.

“Mereka merasakan beliau (Pajudin) bukan seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa,” katanya.

Anwar menambah, Dr Wan Azizah mengesyorkan nama Pajudin untuk mengetuai PKR Sabah bukan kerana beliau seorang pemimpin bahagian, tetapi atas alasan dapat menarik golongan muda ke dalam parti.

Bagaimanapun katanya, pemimpin-pemimpin Sabah merayu kepada Dr Wan Azizah supaya tidak melantik Pajudin atas beberapa alasan.

“Saya tidak memberikan alasan berhubung keputusannya meletakkan jawatan dan ia juga bukan sesuatu yang kami alu-alukan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keputusan Pajudin merupakan tamparan kepada PKR, Anwar berkata, “kalau ikut Utusan Malaysia, ya.”

Sebelum ini pelantikan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Januari lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu.

Pajudin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.

Baru-baru ini, 18 daripada 24 ketua cabang PKR Sabah telah membuat bantahan terhadap pelantikan Pajudin yang lebih mesra dikenali sebagai ‘ustaz’.

Pajudin yang menyertai PKR sejak 1999 berkata walaupun selepas dilantik sebagai ketua PKR Sabah, beliau tidak pernah mendapat kerjasama dan sokongan dari Anwar dan Dr Wan Azizah, dan ini menunjukkan mereka ‘sengaja mempermain-mainkan’ pemimpin PKR Sabah.

Minggu lalu PKR kehilangan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Thursday, March 04, 2010

Mampu Kah Anwar Mencegah Wakil Rakyat PKR Keluar Parti?

Penganalisis politik tempatan bertanya-tanya mampu kah Anwar mencegah wakil-wakil rakyat PKR daripada keluar parti?

Anwar kini dilanda krisis keyakinan daripada teman-teman seperjuangannya. Isu yang melanda Anwar kini membuatkan mereka tawar hati bersama pemimpin umum PKR itu.

Anwar yang telah berubah daripada segi kepimpinannya yang suatu ketika dulu, adalah penjuang islam dan melayu, kini Anwar dilihat lebih mengutamakan mencapai cita-citanya untuk menjadi perdana menteri dan sanggup mengorbankan agama dan bangsanya sendiri.

Ketaksuban Anwar terhadap pemimpin DAP terutama 3 sekawan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh, membuatkan teman-teman seperjuangannya sudah khuatir dan curiga terhadap sepak terajang Anwar.

Kepimpinan Anwar yang bersifat liberal masa ini menakutkan para pemimpin melayu dan islam berafiliasi dengan Anwar.

Contoh mudah mengenai pendirian Anwar adalah dalam isu kalimah Allah. Anwar mengatakan bahawa kalimah Allah bukan lah monopli agama islam, walaupun semasa Anwar dalam ABIM ini lah perjuangannya.

Kekerapan Anwar berjumpa dan bertemu dengan para pemimpin yang ada kaitan dengan yahudi dan pengamal sex songsang, juga menambah buruknya kenyakinan teman-teman seperjuangan Anwar.

Perkara ini ditambah lagi dengan kes sodomy II, walaupun pemimpin Pakatan terutama Azmin Ali dan Lim Kit Siang, menganggap bahawa sodomy II merupakan konspirasi,namun ramai para pemimpin Pakatan menganggap sebaliknya. Hadi Awang dan Ustaz Nasa, Hassan Ali dan ramai lagi tidak pernah memberi sokongan terbuka kepada Anwar mengenai sodomy II.

Gelagat Anwar dalam usahanya menguggurkan dan menangguh-nagguhkan sodomy II, ramai yang beranggapan ada sesuatu yang tidak kena pada diri Anwar sendiri. Tindak-tanduk Anwar boleh terbaca, bahawa meliwat Saiful memang benar dia lakukan.

Pencacai-pencacai Anwar seperti Azmin Ali, Tian Chua dan Saifuddin Nasution, tidak mempunyai ummhh lagi dalam proses menafi sodomy II.

Dengan adanya krisis dalaman dalam PKR yang semakin teruk ini, apa kah Anwar mampu mencegah agar kapal PKR tidak tenggelam?

Wakil-wakil rakyat PKR yang tidak memegang jawatan parti seperti Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan); apa kah akan terus berada dalam naungan PKR? Apa kah mereka tetap bersama, walaupun PKR tenggelam? satu pertanyaan yang perlu dijawab oleh masa dan keadaan.

Walaupun Yusmadi Yusof (Nota: AYT kenal secara peribadi) dikatakan adalah pemimpin muda yang mempunyai kaliber, di tambah dengan latar belakang sebagai seorang peguam syarie daripada UIA dan berpendidikan Amerika, ada menyatakan bahawa adalah biasa bagi sebuah parti yang baru jika terdapat pergolakan. Pergolakan kata Ahli Parlimen Balik Pulau ini merupakan proses kematangan sesebuah parti. Namun sampai bila? Apa kah para pengundi atau rakyat juga ingin bergolak kerana semata-mata mengikut rentak PKR yang bergolak? Sudah tentu tidak. Rakyat mahu sebuah parti yang stabil agar supaya dapat menyusun perancangan membela rakyat. Rakyat tidak mahu parti yang senantiasa bergolak, kerana ini semua menggambarkan ketidak upayan parti itu mengurus partinya sendiri, apatah lagi mengurus rakyat yang berjuta-juta.

Blog Archive