Showing posts with label Hadi Liabilti Pas;Aziz Bari. Show all posts
Showing posts with label Hadi Liabilti Pas;Aziz Bari. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Kumpulan Anwar: Mahukan Hadi disingkir

Penyokong kuat Anwar Aziz Bari awal minggu ini menyuarakan bahawa Hadi Awang-Presiden Pas merupakan liabilti parti itu.

Aziz bersandarkan kepada faktanya kepada kegagalan Pas bertapak di Sarawak, beberapa kekalahan calon Pas di PRK-PRK dan kegagalan Gerakan 16 September Anwar.

Selain itu, Aziz mendakawa bahawa berasaskan kepada pengamatan dan masukkan daripada para pemimpin Pas sendiri, bahawa Presiden Pas tersebut merupakan liabilti parti itu.

Namun- seorang pemimpin Pas-mantan calon Timbalan Presiden yang kalah, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13; bukannya mengganti Presiden.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,”.

Husam juga menepis dakwaan Aziz Bari bahawa Hadi adalah liabilti parti.

Tuesday, April 19, 2011

Hadi Awang-Liabilti PAS: Aziz Bari

Prof Abdul Aziz Bari yang lazimnya memberi menyokong kepimpinan Pas, kini secara terbuka mengatakan bahawa pucuk pimpinan Pas terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat.Komponen Pakatan terdiri daripada DAP-PAS-PKR.

Aziz Bari mendasarkan kepada beberapa keadaan yang menyebabkan Haji Hadi meupakan liabilti kepada PR-umpamanya kegagalan Hadi mempertahankan Terengganu, kegagalan gerakan 16 September Anwar dan berberapa kekalahan calon-calon Pas dalam beberapa PRK dan terbaru gagalnya PAS di PRN Sarawak.

Selepas PRU-12,Hadi dikaitkan dengan "Kerajaan Perpaduan', walaupun idea itu dinafikan oleh Presdien PAS tersebut.

Pas akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti itu Jun ini.

Sebelum ini Exco Kerajaan Kelantan Husam Musa-telah dicalon untuk bertanding bagi jawatan Presiden, namun Husam menolaknya-malah memberi sokongan 100% kepada Hadi.

AYT tidak faham kenapa secara tiba-tiba menentang kepimpinan Hadi? Kita tahu Aziz adalah penyokong Kuat Anwar Ibrahim.

Blog Archive