Showing posts with label Darul Islam. Show all posts
Showing posts with label Darul Islam. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

13 ahli Darul Islam: Pernah rancang bunuh ADUN Sabah

Seramai 13 suspek pengganas Darul Islam yang ditahan di Tawau, Sabah minggu lalu dipercayai anggota kumpulan yang pernah merancang mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tempatan.

Sumber-sumber pasukan antikeganasan dipetik The Star hari ini berkata, anggota kumpulan itu merancang untuk menjadikan seorang pegawai polis sebagai tebusan bagi membebaskan komrad mereka.

Menurut maklumat sumber itu, kumpulan tersebut telah menjalani latihan gerila di Sulawesi, Indonesia dan telah diajar untuk menghasilkan bom.

Ketua kumpulan mereka Abdullah Omar ditahan di Indonesia Julai lalu.

“Kumpulan ini mula muncul pada 2006 dan mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka,” kata sumber itu lagi.

Akhir minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai “amat serius” dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

“Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar,” katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

Sunday, November 20, 2011

SUHAKAM tidak bertanggungjawab: Hisham

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah ISA pada Isnin lepas dibebaskan.

Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang semua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

Sebelum ini Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menggesa KDN supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hishammuddin mempertikai kenyataan Suhakam dan menyifatkannya sebagai kenyataan yang tidak peka terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat terhadap pemimpin negera untuk menjaga keselematan rakyat dan negara.

13 indvidu yang ditahan itu dilaporkan mempunyai simpanan senjata yang cukup lumayan dan mempunyai niat untuk melakukan hura hara dalam negara, lagipun mereka itu, tidak takut mati dan kononnya berjuang atas nama jihad.

Para individu yang ditahan di Tawau, Sabah itu dikatakan ada kaitan dengan kumpulan Darul Islam (DI) yang berpengkalan di Indonesia.

DI mempunyai sejarah perjuangan yang panjang di Indonesia termasuk semasa menentang Belanda. Selepas itu, kumpulan ini berafiliat dengan Parti Komunis Indonesia (PKI) pimpinan DN Aidit untuk meneggakan kerajaa Islam bagi Kepulauan Jawa dan sekitarnya.

Blog Archive