Showing posts with label DUN Selangor. Show all posts
Showing posts with label DUN Selangor. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Sidang DUN Selangor: Apabila bekas rakan bertikam lidah

ADUN Meru yang juga Pesurujaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman terpaksa mengemukakan egonya apabila mengaku sebagai doktor profesional dan mengetahui dirinya tidak perlu berjumpa pakar psikologi, kerana mengetahui tahap kesihatannya tidak memerlukan tindakan itu.

Biasanya orang sakit mental, tidak akan mengaku dirinya sakit mental, sebaliknya beranggapan, orang yang bukan sakit mental itu lah berpenyakit mental.

Inilah yang berlaku antara ADUN Gombak Dr Hassan Ali yang dulunya ahli Pas dan kini ADUN bebas bertikam lidah dengan Dr Rani semasa sidang DUN Selangor, hari ini.

Dr Hassan Ali berkata, apa masalah berjumpa pakar psikologi? Berjumpa pakar psikologi, tidak semesti tidak baik.

ADUN Meru itu, menyerang Dr Hassan kerana tidak hadir santapan Diraja semalam. Akibat serangan itu, Hassan berkata, Dr Rani menghadapi penyakit sindrom kuasa, kerana kecewa tidak dilantik sebagai exco.

Akibat kekecewaan itu, beliau menyerang perbadi saya, demikian kata Dr Hassan.

Dalam sidang DUN Selangor juga, ADUN Gombak Setia membidas MB-Khalid Ibrahim kerana lepas tangan terhadap isu murtad di Selangor.

Nampaknya, semakin lama bersidang, semakin banyak pendedahan yang akan dibongkar oleh ADUN Bebas itu.

Tuesday, January 11, 2011

Pindaan Perlembagaan Selangor: Agaknya apa yang Khalid boleh buat

Agaknya apa yang Khalid Ibrahim boleh buat dengan tiada kuasa majoriti 2/3 di dewan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bersidang pada 24 Januari ini untuk memindah undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sabah pernah mengubah undang-undang tubuh kerjaan di bawah bayu tersebut semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS)(1985-1994)-namun pindahan yang berkaitan anti lompat itu akhirnya terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berasaskan kepada pengalaman Sabah itu- apa sebenarnya yang dicari oleh Khalid Ibrahim? Apa kah kerana hanya perlantikan Kushiran sebagai SUK Selangor-yang konon bukan pilihannya-akan tetapi pilihan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana perlantikan itu dilakukan atas kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek.

Perlantikan SUK Serlangor yang baru-menjadi polimek kerana Khalid menolaknnya, walaupun perlantikan itu mendapat perkenaan Sultan Selangor.

Ekoran perlantikan Khusiran- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seolah campur tangan-mendesak Khalid berkeras- kerana AYT merasakan ada yang tersirat daripada sokongan Guan Eng itu.

Lim Guan Eng ada kemungkinan akan mengubah perlembagaan Pulau Pinang-kerana kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP mempunyai majoriti 2/3 di dewan undangan Negeri Pulau Pinang.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Blog Archive