Showing posts with label Analisis keputusan prk Batu Sapi. Show all posts
Showing posts with label Analisis keputusan prk Batu Sapi. Show all posts

Monday, November 08, 2010

PRK Batu Sapi petanda kuasa BN kekal di Sabah

Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi pada PRK 4 November lalu. Kemenangan BN tersebut, ramai pemimpin BN negeri menggambarkan bahawa rakyat kini sudah kembali memberi sokongan kepada BN selepas tsunami politik di Semenanjung pada pilihan raya umum 2008.

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin meraih majoriti 6,359 undi, beliau mendapat 9,773 undi menewaskan calon PKR, Ansari Abdullah (3,414 undi) dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee (2,031 undi).

Walaupun pada PRK Sibu pada Mei lalu, DAP merampas kerusi Parlimen Sibu daripada BN dan didakwa pembangkang ia sebagai angin perubahan dan tsunami politik 2008 sudah menular ke Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak.

Dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi gagasan 1Malaysia yang berjaya diterjemahkan oleh kepimpinan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ternyata diterima baik oleh semua lapisan rakyat di negeri ini.

Sokongan itu diterjemahkan menerusi kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti yang lebih besar daripada yang diperolehi pada PRU 2008.

Di samping itu, kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BN untuk membantu jentera kempen BN yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman turut memberi impak terhadap sokongan pengundi di Batu Sapi kepada BN.

Apa yang menarik dalam PRK Batu Sapi, ialah ramalan dan andaian awal yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk segelintir penyokong BN bahawa saingan sengit akan berlaku antara BN dan pembangkang khususnya SAPP jauh meleset sama sekali.

Walaupun BN menyandarkan harapan kepada calon wanita yang kurang popular, Linda Tsen Thau Lin balu mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah berbanding calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee, bekas Ketua Menteri dengan rekod tidak pernah tewas dalam mana-mana pilihan raya yang ditandinginya sejak terjun dalam politik bermula 1985, dan calon PKR Ansari Abdullah juga tidak kurang hebatnya.

Namun apa yang jelas rakyat di Batu Sapi tidak memilih populariti calon dalam membuat keputusan, mereka lebih terpengaruh dan menerima politik pembangunan yang di bawa oleh BN yang boleh membawa keamjuan kepada masa depan mereka.

Rakyat di Batu Sapi mahukan politik pembangunan dan ianya hanya dapat dilakukan menerusi BN, kerana BN adalah kerajaan di peringkat negeri dan pusat untuk memudahkan penyaluran peruntukan pembangunan di Batu Sapi.

Untuk membuktikan keseriusan BN dalam membela nasib rakyat, Ketua Menteri, pada sidang medianya selepas dua jam keputusan PRK Batu Sapi itu diumumkan berkata, bahawa satu Jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memastikan apa yang dijanjikan oleh BN pada kempen PRK itu ditunaikan kepada rakyat di kawasan Batu Sapi.

Musa berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan supaya apa yang dijanjikan itu dilaksanakan secepat mungkin dan ianya tidak dikatakan BN hanya "bercakap bohong, berjanji kosong".

Selain kemenangan BN yang bergaya itu, juga didapati bahawa pengundi muda di negeri telah memberi isyarat bahawa mereka menyokong BN.

Berdasarkan perangkaan rasmi, butiran corak pengundian PRK Batu Sapi menunjukkan BN menerima undian pengundi muda berusia 21 hingga 45 tahun hampir semua pusat pembuangan undi melalui 46 saluran.

Calon Bn, Linda menyapu bersih semua undian generasi muda selain golongan tua terus setia di pusat pengundian Bumiputera islam termasuk di kawasan kepulauan.

PKR pula berjaya memenangi hati pengundi muda di tempat saluran yang kesemuanya di kawasan majoriti pengundi cina.

Apa yang mengejutkan calon SAPP, Yong Teck Lee yang kali pertama sejak 1985 meninggalkan kawasan tradisinya di DUN Likas dan Parlimen Kota Kinabalu (dulu Parlimen Gaya) untuk bertanding di luar kubunya bukan sahaja tewas buat pertama kali dalam pilihanraya malah tewas kepada calon PKR Ansari Abdullah.

SAPP yang pada awalnya diramal akan mendapat sokongan kuat pengundi Cina yang mewakili 38.06% daripada jumlah 25,582 jumlah pengundi keseluruhan di P-185 Batu Sapi melalui gagasannya Sabah for Sabahan ternyata ditolak sama sekali pengundi Cina apabila jumlah undinya di semua 21 saluran mengundi bagi masyarakat tersebut, gagal mengatasi jumlah undi Ansari di 12 saluran mengundi Bumiputera Islam, yang lainya semuanya berpihak kepada BN.

Apapun pengundi di Batu Sapi sudah memberikan mandat yang cukup besar kepada Linda Tsen untuk menjadi wakil rakyat mereka untuk tempoh lebih dua tahun lagi sebelum pilihanraya umum ke-13 beliau perlu membuktikan bahawa pengundi Batu Sapi tidak tersilap dalam membuat pilihan.

Beliau perlu segera turun padang untuk meninjau dan mengenalpasti keperluan rakyat di Batu Sapi termasuk kawasan kepulauan, ini kerana, beliau tidak mempunyai masa yang lama, disebabkan tempoh PRU-13 sudah semakin hampir.

Saturday, November 06, 2010

PRK Batu Sapi melenyapkan Parti SAPP dan Yong Teck Lee dari lanskap politik Sabah

Kekalahan teruk Yong Teck Lee yang merupakan Persiden SAPP, parti tempatan Sabah pada PRK Batu Sapi pada 4 November lalu adalah petanda, bahawa parti itu dan Yong Teck Lee akan lenyap daripada lanskap poltik Sabah.

Seperti parti terdahulu yang pernah bertapak di Sabah, Berjaya, SAPP juga akan lenyap selamanya.

Parti SAPP berbeza dengan PBS, walaupun PBS satu ketika keluar daripada BN, namun dapat juga mempertahankan beberapa kawasan di mana pengundi hardcore parti itu bertapak, atas sebab faktor penguasaan akar umbi persiden parti PBS Tan Seri Pairin Kitingan.

Pairin adalah hoguan siau masyarkat Kadazan Dusun Murut(KDM), sedangkan Yong Teck Lee tidak mempunyai tapak politik, sepertimana yang ada pada Pairin. Keadaan Yong sama lah dengan keadaan Harris Salleh, mantan ketua Menteri Sabah dan Persdien parti Berjaya, yang tidak mempunyai tapak akar umbi.

Sebenarnya apabila Yong Teck Lee masuk gelanggang pada PRK Batu Sapi, ini bermakna nyawa politiknya telah dipercepat. Kekalahan teruk Yong pada PRK Batu Sapi, maka mesej jelas telah dihantar kepadanya, bahawa zaman anda sudah berakhir.

Sementara itu, Timbalan Perhubungan Umno negeri, Datuk Salleh Tun Said berkata bahawa kemenangan BN di PRK Batu Sapi telah menggambarkan bahawa Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti diterima dengan cemerlang, dalam ujian politik pertama di Sabah, bila rakyat Batu Sapi bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen kawasan itu yang baru saja selesai.

Dilihat sebagai kemenangan yang cukup sentimental dan manis buat calon BN Datin Linda Tsen, yang baru kehilangan suami, penyandang kerusi parlimen Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya 9 Okt lepas, parti pemerintah membuktikan bahawa BN sentiasa menjadi "pilihan nombor satu" rakyat Sabah.

Berdepan dengan segala kemungkinan, Tsen menumpaskan dua calon pembangkang - presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dalam pilihan raya kecil itu dengan itu mengekalkan kerusi di tangan BN.

Tsen, dari Parti Bersatu Sabah (PBS), memenangi kerusi itu dengan majoriti bertambah 6,359 undi.Beliau meraih 9,773 undi sementara Ansari dan Yong, masing-masing mendapat 3,414 dan 2,031 undi.

"Kemenangan ini adalah sokongan begitu jelas dan ketara terhadap konsep 1Malaysia Najib serta sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

"Ia juga membuktikan Sabah memang sebenarnya "fixed deposit" atau simpanan tetap buat BN," kata timbalan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada Bernama.

Salleh berkata kemenangan BN menunjukkan bahawa rakyat Batu Sapi mahukan politik pembangunan menerusi hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat.

"Penduduk Batu Sapi mengetahui dengan pasti bahawa hanya Barisan Nasional boleh membawa pembangunan untuk mereka. Mereka juga berharap konsep 1Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik."Mereka tahu bawa mereka mempunyai masa depan lebih cerah dalam BN," kata beliau.

Salleh, bekas Ketua Menteri, berkata majoriti besar yang tidak dijangkakan itu membuktikan penolakan terhadap stail politik konfrontasional dan kedaerahan (Sabah untuk rakyat Sabah) yang diamal oleh SAPP dan jenama politik pembangkang.

"Ini adalah permulaan baru buat BN untuk meraih kembali keyakinan rakyat selepas tsunami politik 2008, terutama di Semenanjung Malaysia.

"Pengundi Batu Sapi termasuk masyarakat Cina memperakui bahawa BN adalah juga untuk rakyat Sabah. Kita harap rakyat Sabah akan terus menyokong Barisan Nasional dan menentukan Sabah terus menjadi simpanan tetap untuk parti gabungan yang memerintah," kata beliau.

Salleh berkata keputusan itu juga menunjukkan sentuhan ajaib Musa, selaku pengarah pilihan raya kecil BN.

Musa, yang mengemudi BN negeri kepada kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2008, membuktikan kecekalannya untuk memenangi hati dan fikiran pengundi Batu Sapi.

BN negeri hampir menyapu bersih dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi negeri yang dipertaruhkan pada piliha raya umum itu.

Blog Archive