Showing posts with label Alvin Tan dan Ali Jalil. Show all posts
Showing posts with label Alvin Tan dan Ali Jalil. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Interpol Tangkap Ali Jalil- Dijangka Tiba Di Malaysia Bila-Bila Masa

Ali Abd Jalil yang sudah ditangkap oleh Interpol di jangka akan sampai tengah hari ini. Maka bermula satu kes yang menarik dalam sejarah Malaysia.. dimana lari dari tuduhan, tidak hadir ke mahkamah, lari dari Malaysia... Mencerca dan menghina Sultan dan Raja.. Agak2 dia dapat satu barisan peguam yang hebat2 membela dia atau dia sorang2 sahaja menjawab.. Hari ini pasti dia akan dibawa kedepan seorang majistret untuk ditahan reman. Berani buat.. buat beranilah tanggung.

Mengapa Passport Alvin Tan dan Ali Jalil Dibatalkan?

MENGAPA passport Alvin Tan dan Ali Jalil dibatalkan?? 

Dua-duanya mempunyai kesalahan yang sama, menghina perundangan negara, agama, raja, menghina rakyat negara ini, selain mengajak rakyat memberontak.

Dua-duanya mempunyai moral yang rendah, menghalalkan apa-apa yang dilarang; kesimpulannya mereka berdua ini melanggar norma-norma manusia bertamadun.

Tingkah laku mereka hanya laku pada kumpulan masyarakat yang bukan bersandar kepada agama, akan tetapi bersandar kepada kumpulan yang menolak ajaran agama.

Menghalalkan hubungan sejenis merupakan salah satu kegemaran mereka. 

Negara majemuk seperti Malaysia tidak memerlukan rakyat seperti mereka berdua ini.

Blog Archive