Saturday, February 15, 2025

SOKONGAN PADA UMNO TELAH BERAKHIR PADA PRU-14

TIADA sebab rakyat Sabah mengembalikan Umno selepas ditolak pada PRU-14. Pun demikian, kesan kolaborasi dengan beberapa parti melalui persefahaman politik pada PRN-16 Sabah, Umno menjadi sebahagian kerajaan GRS-BN.

Umno masih dihulurkan tangan pada PRU-15, akan tetapi memilih mengikut hawa nafsu, lalu berpakat dengan Parti Warisan, parti yang dibenci dan menjadi musuh parti itu, dan lawan pada PRN-16 dan PRU-15 menerusi Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023.

Puncak penolakan pada parti itu adalah pada PRN2023 di enam negeri di Semenanjung, walaupun berbekalkan sebahagian kerajaan Persekutuan, kerajaan Johor dan Melaka, akan tetapi hanya menang 19/108 kerusi, satu keputusan terburuk parti itu.

Pada PRU-14, berbekalkan sebagai “Fixed Deposit”, politik pembangunan, dipimpin Ketua Menteri terlama Sabah, di Pusat dengan Perdana Menteri, berslogan BossKu, ternyata parti itu ditolak lalu hilang kuasa.

Dengan pemimpin yang berkelibar, berpengalaman, Umno/BN Sabah berdepan dengan PRU-14, tidak terlintas difikiran penulis pada masa itu, akan kehilangan banyak kerusi, termasuk kekalahan Timbalan Ketua Menteri.

Kini, Umno/BN Sabah tiada pemimpin sekelibar Tan Sri Musa Aman (kini Tun), sekelibar Datuk Seri Hajiji, Datuk Seri Masidi, bersama parti itu, tak kan pula rakyat Sabah memberi sokongan?

Latar belakang politik Sabah, apabila sesebuah parti ditolak, maka akan terus ditolak, seperti mana berlaku pada Warisan, walaupun masih menang 3 kerusi pada PRU-15, akan tetapi Timbalan dan Ketua Pemuda parti itu kalah.

Pada hakikatnya Umno tiada lagi tawaran yang boleh dikemuakan kepada rakyat sebagai penarik, kerana peluang berdekad-dekad telah diberikan, malangnya peluang tersebut tidak juga merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat.

Kini, rakyat Sabah menikmati perjuangan GRS, walaupun hanya sepenggal menerajui kerajaan, akan tetapi telah melakar pencapaian demi pencapaian.

Kerajaan GRS Sabah yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) berada pada landasan tepat dan betul, apabila kutipan hasil negeri terus meningkat, melepasi angka RM5bilion pada tahun 2021, iaitu RM5.449 bilion, tahun 2022 berjumlah RM6.96 bilion, tahun 2023, RM6.973 bilion, dan tahun lalu, RM7bilion.

Kutipan hasil yang konsisten, jika kerajaan GRS diberi mandat pada PRN-17, kutipan hasil negeri, sebelum PRN-18 akan melepasi angka RM10bilion.

Kutipan hasil yang terus meningkat membolehkan kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif kepada rakyat, kearah pengwujudan kemakmuran dan kesejahteraan.

Pada PRN-17, walaupun Umno/BN menyertai pilihan raya tersebut dengan tujuan untuk bangkit semula, akan tetapi, latar belakang politik Sabah, akan membuktikan pada parti tersebut hanya sebahagian peserta dalam pesta demokrasi. Lagi pun, di negeri asal parti tersebut ditolak, tak kan pula yang menjemput terus memberi sokongan!!!.

No comments:

Blog Archive