Showing posts with label Umno Sabah. Show all posts
Showing posts with label Umno Sabah. Show all posts

Saturday, February 15, 2025

SOKONGAN PADA UMNO TELAH BERAKHIR PADA PRU-14

TIADA sebab rakyat Sabah mengembalikan Umno selepas ditolak pada PRU-14. Pun demikian, kesan kolaborasi dengan beberapa parti melalui persefahaman politik pada PRN-16 Sabah, Umno menjadi sebahagian kerajaan GRS-BN.

Umno masih dihulurkan tangan pada PRU-15, akan tetapi memilih mengikut hawa nafsu, lalu berpakat dengan Parti Warisan, parti yang dibenci dan menjadi musuh parti itu, dan lawan pada PRN-16 dan PRU-15 menerusi Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023.

Puncak penolakan pada parti itu adalah pada PRN2023 di enam negeri di Semenanjung, walaupun berbekalkan sebahagian kerajaan Persekutuan, kerajaan Johor dan Melaka, akan tetapi hanya menang 19/108 kerusi, satu keputusan terburuk parti itu.

Pada PRU-14, berbekalkan sebagai “Fixed Deposit”, politik pembangunan, dipimpin Ketua Menteri terlama Sabah, di Pusat dengan Perdana Menteri, berslogan BossKu, ternyata parti itu ditolak lalu hilang kuasa.

Dengan pemimpin yang berkelibar, berpengalaman, Umno/BN Sabah berdepan dengan PRU-14, tidak terlintas difikiran penulis pada masa itu, akan kehilangan banyak kerusi, termasuk kekalahan Timbalan Ketua Menteri.

Kini, Umno/BN Sabah tiada pemimpin sekelibar Tan Sri Musa Aman (kini Tun), sekelibar Datuk Seri Hajiji, Datuk Seri Masidi, bersama parti itu, tak kan pula rakyat Sabah memberi sokongan?

Latar belakang politik Sabah, apabila sesebuah parti ditolak, maka akan terus ditolak, seperti mana berlaku pada Warisan, walaupun masih menang 3 kerusi pada PRU-15, akan tetapi Timbalan dan Ketua Pemuda parti itu kalah.

Pada hakikatnya Umno tiada lagi tawaran yang boleh dikemuakan kepada rakyat sebagai penarik, kerana peluang berdekad-dekad telah diberikan, malangnya peluang tersebut tidak juga merealisasikan aspirasi dan harapan rakyat.

Kini, rakyat Sabah menikmati perjuangan GRS, walaupun hanya sepenggal menerajui kerajaan, akan tetapi telah melakar pencapaian demi pencapaian.

Kerajaan GRS Sabah yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) berada pada landasan tepat dan betul, apabila kutipan hasil negeri terus meningkat, melepasi angka RM5bilion pada tahun 2021, iaitu RM5.449 bilion, tahun 2022 berjumlah RM6.96 bilion, tahun 2023, RM6.973 bilion, dan tahun lalu, RM7bilion.

Kutipan hasil yang konsisten, jika kerajaan GRS diberi mandat pada PRN-17, kutipan hasil negeri, sebelum PRN-18 akan melepasi angka RM10bilion.

Kutipan hasil yang terus meningkat membolehkan kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif kepada rakyat, kearah pengwujudan kemakmuran dan kesejahteraan.

Pada PRN-17, walaupun Umno/BN menyertai pilihan raya tersebut dengan tujuan untuk bangkit semula, akan tetapi, latar belakang politik Sabah, akan membuktikan pada parti tersebut hanya sebahagian peserta dalam pesta demokrasi. Lagi pun, di negeri asal parti tersebut ditolak, tak kan pula yang menjemput terus memberi sokongan!!!.

Thursday, July 14, 2016

Apa Khabar Umno Sabah?

Terlalu awal untuk membuat penilaian, apa kah Umno Sabah berkocak, atas sebab seorang pemimpin kanan membuat keputusan meninggalkan parti.

Datuk Shafie Apdal selain mantan Naib Presiden juga Ketua Bahagian Umno Semporna lebih 20 tahun.

Kedudukan Shafie berbeza dengan Datuk Lajim Ukin, mantan pemimpin Umno yang keluar daripada parti tahun 2012, atas sebab, Shafie terlibat sebagai salah seorang penaja Umno Sabah.

Benarlah istilah dalam politik. Tiada kawan selamanya, demikian juga tiada lawan selamanya.

Perjalanan politik Shafie, sebenarnya sungguh mulus. Beliaulah seorang pemimpin Sabah yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden yang mendapat sokongan 100 peratus daripada kepimpinan Sabah selain sokongan pemimpin Semenanjung untuk menduduki Naib Presiden parti.

Selepas PRU-13, tiada tanda-tanda, bahawa Shafie akan menyongsang arus, sehinggalah beliau terperangkap permainan politik mengejar kedudukan yang dirancang mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sebenarnya, dalam skrip permainan politik mengejar kedudukan yang dipelopri Tun Mahathir, bukan sahaja Tan Sri Muhiyiddin dan Shafie yang dilibatkan, akan tetapi ramai lagi, namun pemimpin yang berani ke depan adalah Muhiyiddin dan Shafie, manakala Mukhriz tersempit di persimpangan, dan akhirnya memilih untuk menyebelahi bapanya.

Dalam permaian politik, boleh sahaja seseorang mengambil pendekatan mengambil jalan tengah, berpihak atau menentang. Dalam senario politik dalam parti Umno masa kini berlaku ketiga-tiganya. Adalah lumrah, jika penentangan yang ditempoh, maka akibatnya seperti mana berlaku pada Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Dato Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal. 

Dalam Umno, pemimpin yang teramai adalah mereka yang mengambil jalan tengah, manakala yang ke dua adalah kelompok yang berpihak, manakala yang menentang, nampak di luaran tersangat sedikit.

Kalau menilik pemimpin yang berpihak, maka terlihat bagaimana mereka kerap mengeluarkan kenyataan membela kepimpinan, dalam semua perkara, termasuk isu-isu besar, seperti 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Manakala mereka yang mengambil jalan tengah, lebih gemar mengunci mulut, bersetuju apa sahaja, asalkan sesuai dengan amalan parti, sesuai dengan amalan berorganisasi dan sesuai dengan kerja berpasukan.

Umum mengetahui, bahawa pemimpin Umno yang termasuk sebagai penentang, apabila mempergunakan dua isu yang dibangkitkan pembangkang bagi menghentam Perdana Menteri, iaitu isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Mereka yang menentang bukan mengalamatkan penentangan mereka kepada parti, akan tetapi kepada Presiden sebagai individu.

Malang sungguh bagi yang menentang, kerana tersilap pilih isu, sehingga majoriti ahli dan pemimpin parti menerima, bahawa suara penentang merupakan sebahagian daripada suara pembangkang, kerana berkongsi isu yang dibangkitkan pembangkang.

Pendekatan para penentang, berjaya ditanamkan kepada para pemimpin dan majoriti ahli sebagai tindakan menghancurkan parti, bukannya memperkuat parti. Majoriti menerima, bahawa serangan kepada Presiden sebagai individu, atas sebab, menghancurkan sesebuah organisasi, maka perlu menghancurkan ketua, kerana mengambil iktibar pada ikan membusuk bermula daripada kepala.

Oleh kerana majoriti termasuk pemimpin menerima, bahawa serangan kepada Presiden sebagai individu, sebenarnya bertujuan untuk mengambil kuasa bagi memenuhi keinginan peribadi. Atas sebab itu, ramai penulis termasuk blogger pro Presiden/Perdana Menteri menulis tanpa berselindung, bahawa tujuan menurunkan Presiden bagi melancarkan atau mempermudah atau merentes laluan kepada Mukhriz mengambil alih tampuk kuasa.

Jika ditilik benar-benar, pemimpin parti yang menentang Presiden, hanya mempergunakan dua isu, 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Tiada isu lain selain daripada isu itu. Mereka yang menentang itu, sebenarnya sebahagian daripada kepimpinan negara, kerana merupakan anggota kabinet. Amalan kabinet selama ini, setiap keputusan yang dibuat kabinet, merupakan keputusan bersama, ertinya tidak timbul lagi keraguan atau suara-suara menentang selepas keputusan dibuat. Setiap anggota kabinet mempunyai ruang yang luas, samada bertanya, mempersoal, berhujah sebelum sesuatu keputusan dibuat. Namun, apa yang ditempuh, oleh penentang, adalah mempersoalkan keputusan yang telah dipersetujui. Atas sebab itu, mereka terpaksa digugurkan daripada kabinet, kerana mereka memilih tindakan mereka itu, iaitu tidak lagi bersetuju dengan keputusan bersama (collective responsibility).

Dalam mana-mana pasukan, jika terdapat pemain yang tidak mengikuti peraturan atau strategi, maka wajar digugurkan, kerana kehadiran mereka bukan sahaja boleh menyebabkan pasukan kecundang dalam pertarungan, juga menyebabkan pasukan kalah dengan mudah kerana terdapatnya pemain yang ‘selingkuh”. 

Kini, telah jelas, empat mantan pemimpin Umno sudah berada di luar parti, dan mereka telah bersedia menentang parti. Mereka sudah menjadi lawan yang nyata. Mereka sudah mempunyai tujuan nyata mahu mengalahkan parti asal mereka dalam pilihanraya. Terserah mereka, bagai mana berdepan dengan parti asal mereka. Pada PRU-14 akan datang, kita akan saksikan, bahawa mereka itu mewakili parti mereka sendiri.

Di Sabah, entah apa isu yang bakal mereka bawa? isu pembangunan? isu pengagihan jawatan? isu pembahagian peluang? sukar mereka jual kepada pengundi, kerana pemimpin Bn yang ada yang diketuai Datuk Seri Musa Aman, yang dibantu pemimpin kanan parti seperti Datuk Seri Salleh Tun Said, Datuk Tawifiq Abu Bakar Titingan, Dato Abdul Rahman Dahalan, Datuk Hajiji Haji Nor, Datuk Masidi Manjun, manakala di pihak komponen Bn ada Tan Sri Pairin Kitingan dan ramai lagi, telah memenuhi obiligasi mereka kepada rakyat Sabah. 

Seperti mana pengelaman pada PRU-13 lalu, pembangkang, bukan bercakap soal-soal pembangunan, namun lebih menjurus kepada sentimen agama dan perkauman. Atas faktor itu, pembangkang mampu mempengaruhi rakyat mengundi mereka, dan menang 12 kawasan Dun daripada 60 dan 3 kawasan Parlimen daripada 25.

Dengan mengambil iktibar kepada kemampuan menang 12 kerusi pada PRU-13 dengan mempergunakan isu agama dan perkauman, maka adalah diramalkan, mereka akan terus mempergunakan pendekatan itu mulai daripada sekarang sehingga PRU-14. Selain itu, mereka mempergunakan sentimen perbezaan status, apabila mereka “menghighlight” acara-acara keramaian seperti sambutan hariraya, dengan menekankan adanya perbezaan status antara kenamaan dan rakyat biasa yang hadir pada satu-satu perayaan.

Pada 27 Jun lalu, semasa Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti, beliau telah memberi isyarat, bahawa pihak mereka akan terus mempergunakan isu perkauman, apabila mengarahkan serangan kepada Ketua Menteri Sabah sebagai individu. Para penggiat media sosial yang pro Shafie dan pembangkang, sudah memainkan isu kesukuan ketua Menteri, soal dinasti dan soal kekayaan. 

Saban hari, mereka yang pro pembangkang, mengitar semula isu-isu lama yang berkaitan Ketua Menteri, seperti wang RM40 juta, isu pembalakan, isu pengagihan projek dan isu-isu peribadi lain yang tidak disokong fakta.

Melihat kepada gelagat Shafie, kemungkinan besar beliau menumpukan permainan politiknya di Sabah, bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterjaui parti Umno. Shafie akan bekerjasama dengan kumpulan pembangkang dengan mengambil pendekatan mempergunakan isu agama dan kesukuan.

Bn sabah, perlu bertindak pro-aktif bagi menepis permainan pembangkang itu, secara “punch to punch” mulai daripada sekarang, agar supaya, dakyah mereka itu tidak melekat pada hati rakyat, kerana jika terlambat, dikhuatirkan akan dapat mempengaruhi keputusan PRU-14, sepertimana berlaku pada PRU-13, yang mana pemimpin Bn Sabah lambat memberi reaksi kepada isu-isu yang di bawa pembangkang.

Sunday, February 21, 2016

Peranan Musa Terhadap Umno Sabah

Pagi tadi saya terbaca satu posting di facebook daripada seorang Setiausaha Politik Kementerian Kewangan yang juga teman facebook AYT, di mana dalam catitan itu, satu perakuan yang terdapat dalam buku Mantan Menteri Penerangan Malaysia Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat, di mana tertulis, peranan Datuk Musa Aman pada awal kemasukan Umno ke Sabah.

Tulisan AYT pada kali ini, menyikap serba sedikit catitan sejarah serta kejayaan Umno selama menjadi tulang belakang kerajaan negeri. Juga, tulisan ini sempena Umno Sabah menyambut perayaan jubli Perak yang jatuh pada 22 Februri 2016.

Sebelum AYT meneruskan beberapa citatan sejarah dan kejayaan Umno, berikut, dikongsikan beberapa kenyataan Musa berkaitan parti terbesar itu. 

"Kesetiaan dan keikhlasan kepada parti dan pemimpin sentiasa menjadi pegangan UMNO Sabah", 

"Peraturan dan perlembagaan parti sentiasa dipatuhi dalam menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dan amalan itu jelas terbukti menjadikan UMNO Sabah mantap dan kuat."

"Kita diiktiraf sebagai deposit tetap dalam UMNO untuk menyumbang kepada kekuatan UMNO di negara ini biarpun kita adalah anak bongsu dalam UMNO".

".Ini tidak menjadikan UMNO Sabah takbur, sebaliknya penting kepada kita untuk terus bekerja dan bekerjasama rapat dengan pucuk pimpinan bagi memantapkan perjuangan parti dan membela ahli serta rakyat"

"UMNO Sabah terus mengamalkan kesepaduan, kesepakatan, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan parti. Ia menjadi azimat dan pegangan dalam perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang, seterusnya menjadi kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah".

"Apabila pucuk pimpinan cuba diganggu-gugat, awal-awal lagi UMNO Sabah tetap berdiri teguh bersama-sama pucuk pimpinan".

"Dengan kesetiaan dan keikhlasan, pucuk pimpinan menghargai perjuangan kita dan menjadi faktor kepada pelantikan pemimpin UMNO Sabah dalam jawatan kanan dalam Kabinet Persekutuan. 

"Ia bukan cakap-cakap kosong tetapi adalah kenyataan dan terbaharu pelantikan Salleh untuk jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan," . 

"UMNO Sabah berjuang pada landasan yang betul termasuk sentiasa turun untuk berjumpa anggota parti dan rakyat di peringkat akar umbi bagi mengetahui masalah serta bantuan yang diperlukan mereka".

"Semua wakil rakyat UMNO dan BN di Sabah sentiasa bertanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk berkhidmat dan membela nasib rakyat"

Impak Umno masuk Sabah

Sejak merdeka, Sabah diperintah oleh Sabah base party, sehinggalah tahun 1994. Berasaskan kepada pemerintahan itu, rakyat Sabah mampu menilai pencapaian pemerintahan Sabah Base Party berbanding dengan kemasukkan Umno dan mula memerintah pada tahun 1994, selepas Parti PBS tumbang, kerana kehilangan majoriti di DUN Sabah.

Sehingga tahun 1994, jarang sekali kita melihat bumiputera yang tidak mempunyai link dengan orang-orang politik menjadi kaya. Pada masa itu, hanya orang-orang yang mempunyai link dengan politik yang merasakan kekayaan, kerana habuan kawasan kayu balak, dan projek-projek nego yang diberikan atas hubungan politik.

Syed Kechik kaya kerana hubungannya dengan Tun Mustapha, Dr Jeffery kayaraya kerana hubungannya dengan kerajaan PBS.

Seingat penulis, sehingga tahun 1990, orang-orang politikpun tidak mengalami lonjakan kekayaan, malah ada yang menjadi ADUN atau MP berpenggal-penggal namun kekayaan mereka, tidaklah seberapa. Namun, selepas Umno memerintah, ramailah para bumiputera termasuk para ADUN menjadi kayaraya.

Keadaan ini adalah impak positif kemasukkan Umno ke Sabah, ertinya parti yang berasal daripada Semenanjung itu, telah membuka peluang ekonomi, keterbukaan dalam bersuara, tetapi yang paling penting, membuka peluang kepada anak watan Sabah untuk mendapatkan peluang yang telah lama dikecapi oleh rakyat di Semenanjung.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa kemasukkan Umno ke Sabah, telah membuka mata ramai rakyat terutama generasi muda, di mana jika sebelumnya hanya berpeluang mencuba nasib mendapatkan peluang-peluang perniagaan di peringat negeri, namun kali ini telah mendapat kawasan yang luas, yakni seluruh Semenanjung daripada Perlis hinggalah ke Johor.

Dalam konsep perniagaan, perkara yang paling mustahak adalah memperluas jalinan (net working), jika sebelumnya penduduk Sabah yang terhad di Sabah sahaja, kini peluang terbuka luas, kerana atas dasar, keahlian atau orang Umno.

Kita jangan mempersempitkan minda kita, kita perlu membuka minda, dan juga perlu akui, bahawa kemasukkan Umno di Sabah, bukan menjajah, sebaliknya membuka padang yang luas kepada penduduk negeri ini.

Seingat penulis pada tahun 80-an, di Kota Belud, tiada orang yang kaya, kecuali yang mempunyai hubungan dengan orang-orang politik, apakah saudara pemimpin, anak pemimpin atau bapa saudara pemimpin.

Seingat penulis juga, pada masa itu jarang ada bumiputera yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan, kerana keterbatasan peluang.

Pada hakekatnya, kemasukkan Umno, bukan menajajah, sebaliknya membangun rakyat, seperti mana dirasakan sekarang.

Sejak 10 tahu lalu, Sabah pada suatu masa hampir muflis, berjaya kembali ke landasan yang sebenarnya, apabila kewangan Sabah secara terus menerus terkumpul sehingga mencecah RM3bilion, dan jumlah itu terus dipertahankan. Selain itu bajet Sabah terus menlonjak naik, malah mejadi lipat dua dan seterusnya mencatit rekod.

Pembangunan pesat terus menerpa seluruh kawasan, tidak hanya terhad di bandar, malah telah sampai ke cerok pedesaan.

Halatuju pembangunan Sabah yang dilancarkan Musa sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri pada Tahun 2003, dipenuhi malah ditambah baik dari masa ke semasa. 

Berbagai projek mega diluncurkan demi kesejahteraan rakyat, kerana projek-projek itu membuka peluang pekerjaan. 

Kadar kemiskinan menurun dengan drastik daripada dua digit pada tahun awal tahun 2000, kini hanya single digit, iaitu 8 peratus pada tahun 2012, dan diunjurkan terus menurun.

Parti Umno, walaupun parti yang mengayumi bumiputera, akan tetapi perjuangannya adalah untuk semua rakyat Sabah, dan itu berjaya dilaksanakan, kerana itizam yang dilakukan oleh Musa sebagai Ketua Menteri.

Thursday, January 14, 2016

Umno Sabah Merayakan Jublee Perak Pada 22 Februari 2016

Umno Sabah genap berusia 25 tahun pada Tahun 2016. Parti terbesar melayu itu, mula bertapak di Sabah melalui jemputan parti Usno pada Tahun 1991, ekoran peristiwa tikam belakang parti Bersatu Sabah (PBS) menjelang pembuangan undi pada PRU 1990. Umno secara rasminya bertapak melalui PRK Usukan, Kota Belud pada September 1991 sehingga daerah itu mendapat julukan anak sulung Umno Sabah, apabila calon sulung parti itu di Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun menang mengalahkan calon PBS mantan Pegawai Daerah Kota Belud, Jap Omar (Jap kini telah menyertai Umno).

Kehadiran Umno di Sabah berdepan dengan cabaran besar, meskipun parti itu, senantiasa menang besar di Semenanjung. Ujian pertama parti itu pada PRU 1994, meskipun bersaing neck to neck dengan PBS, namun parti itu bersama gabungan Bnnya, tidak menang, di mana PBS mendapat 25 manakala Umno dan komponen lain hanya mendapat 23 daripada 48 kerusi Dun yang dipertandingkan.

Walaupun Bn yang ditunjangi Umno tidak menang dalam pilihanraya, namun berlaku "lompat parti" yang dilakukan oleh wakil rakyat PBS- Datuk Lajim Ukin yang mewakili Dun Klias, dan Datuk Rubin Balang yang mewakili Dun Kemabong. Ekoran peristiwa itu, maka Bn menubuhkan kerajaan, dengan sistem baru, iaitu pengiliran Ketua Menteri. Selama sistem itu berjalan, telah bertukar tujuh Ketua Menteri Sabah yang bermula daripada Tun Sakaran Dandai, sehinggalah ke Datuk Seri Musa Aman. Sebelum Musa, selepas Tun Sakaran, urutannya adalah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat, dan kemudian Ketua Menteri Sabah yang ada sekarang- Datuk Seri Musa.

Sebenarnya penguasaan Umno belum mantap sehingga Tahun 1999, di mana saingan parti itu yang terdekat adalah PBS. Pada PRN Tahun 1999, Bn yang ditunjangi Umno telah menang, namun PBS masih mendapat 17 kerusi daripada 48 Dun Negeri. Meskipun Bn menang, akan tetapi hanya menang majoriti mudah, kerana bukannya kuasa 2/3, kerana Bn kurang satu kerusi.

Pada PRU-2004, dengan penggunaan persempadanan baru, daripada 48 ke 60, juga PBS menyertai semua Bn pada Tahun 2002, maka pada PRN yang dikemudi Datuk Musa, Bn hampir menyapu bersih kerusi Dun dan Parlimen, kecuali Dun Kuala Penyu dan Parlimen Sandakan. Pada PRU berikutnya, iaitu pada Tahun 2008, keputusan yang serupa berulang, hanya bertukar kawasan bagi bagi Dun, iaitu Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu.

Pada PRU-13, iaitu ibu kepada semua PRU di negara ini, untuk pertama kali selepas Tahun 2004, parti pembangkang mendapat 12 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen, namun kerajaan negeri yang dibentuk masih mempunyai kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.

Apa yang manisnya selama pemerintahan Bn yang ditunjangi Umno, Sabah yang sebelumnya tersenerai sebagai negeri termiskin dengan kadar kemiskinan hampir 20 peratus, selama 25 tahun, angka itu berkurang drastik, dan kini hanya pada kadar 4 peratus. Selain itu, keadaan kewangan negeri yang hampir muflis, kini simpanan kewangan negeri berada pada paras di atas RM3bilion, dengan bajet Tahunan bertambah satu setengah kali ganda, ertinya pendapatan negeri juga bertambah dengan jumlah yang sama.

Dalam tempoh masa 25 tahun, gerak pembangunan negeri cukup mantap, antaranya penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS), penaiktarafan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan, pembinaan lebuhraya Putatan Papar, terealisasinya Lebuh Raya Trans Borneo, serta pembangunan kawasan-kawasan lain seperti Sandakan, Tawau, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, serta wujudnya kawasan PBT baru- Putatan. Selain itu, di mana pemerintahan Bn jugalah, Kota Kinabalu dijadikan Bandar.

Kalau disenaraikan kejayaan Bn yang ditunjangi Umno, maka tulisan ini, tidak akan dapat berakhir kerana terlalu panjang. Tulisan dalam blog, kalau terlalu panjang, boleh membosankan pembaca, untuk pertimbangan itu, AYT akan menulis di tulisan yang lain, untuk menerangkan pencapaian Bn yang ditunjangi Umno sejak 25 Tahun lalu.

Monday, May 30, 2011

Kepimpinan Musa Aman dipenghujung jalan

Sahlah bahawa kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebegai Pengerusi Umno negeri dan Ketua Menteri Sabah di penghujung jalan.

Sebelum ini, Musa bertindak berani apabila melantik Timbalan Presiden PBS Datuk Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum cina dalam kabinet Sabah, walaupun PBS bukan mewakili kaum cina dalam BN. PBS adalah komponen parti yang mewakili kaum KDM dalam BN Sabah. Parti yang mewakili kaum cina dalam BN sabah adalah LDP (parti tertua BN Sabah), MCA, dan Gerakan.

Kini Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin yang begitu lantang menentang kepimpinan Musa Aman-bukan menetang BN telah dilantik sebagai salah seorang senator dan telahpun mengangkat sumpah didepan YDP Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Dengan perlantikan Chin itu, merupakan tamparan hebat kepada kepimpinan Musa Aman, walaupun sebelum ini nampaknya Musa dengan berani melawan kesepekatan dalam BN.

Melalui perlantikan Chin itu, nampaknya Musa tiada pilihan. Sebagai seorang pemimpin yang kanan, pasti tahu isyarat itu, bahawa kepimpinannya tidak mendapat restu lagi di peringkat pusat.

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamluddin di Keniangau semalam, semasa merasmikan persidangan Pemuda Keningau, bahawa Pemuda dalam keadaan tersepit akibat Perang Dingin antara pemimpin tertentu Sabah, telah membuka ruang, bahawa kepimpinan Musa Aman telah dipenghujung jalan.

Perang dingin Pemimpin Umno Sabah ada kebenarannya

Sebelum Khairy Jamaluddin menyuarakan "perang dingin" antara pemimpin Umno negeri Sabah, sebenarnya isu itu telah lama berlegar di negeri di bawah bayu itu. Boleh dikatakan, jika mereka itu adalah ahli umno, pasti tahu apa yang berlaku antara pemimpin tertentu itu. Hanya, ahli umno Sabah dan majoriti pemimpin parti tunggak BN Sabah itu yang tahu dan mereke itu berlakon- kita-kita sahaja yang tahu.

Semalam semasa merasmikan Mesyuarat Pemuda Keningau, KJ ada menyuarakan bahawa Pemuda tersepit antara "perang Dingin" antara pemimpin itu, atas sebab itulah Ketua pemuda Umno Sabah terpaksa diganti. Sebelum Azman diganti- Ketua Pemuda Umno Sabah itu dilantik sebagai Pengerusi salah satu anak syarikat Felcra, perlantikan ini yang menyebabkan salah seorang pemimpin Umno Sabah itu, tidak senang dengan Azman Ruslan yang juga Ketua Pemuda Umno Keningau.

Hari ini, Timbalan Pengerusi Umno Sabah- DSP Salleh Tun Said, menyangkal adanya "cold war" antara pemimpin Umno Sabah. Maksud dan tujuan Salleh mungkin untuk meredakan keadaan, agar ianya tidak menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kepimpinan Umno khasnya dan BN Sabah umumnya.

Perang dingin yang tersembunyi tersebut, jika tidak diatasi dengan segera oleh pucuk pimpinan, ada kemungkin menular pada PRU-13 akan datang, dan berakibat buruk, jika perbuatan cantas mencatas akan berlaku. Jika "perdamaian" tidak dilakukan sedini mungkin, takut- antara pemimpin itu akan berlaku-biarkan sampan tenggelam,kerana ego masing-masing.

Blog Archive