JANGAN terperangkap dengan penafian Parti Warisan dan Umno Sabah bahawa tiada pemuktamadan kerjasama antara dua parti tersebut setakat ini berhadapan PRN-17 Sabah, bukan bermakna tiada perbincangan.
Parti Warisan, penafian menerusi Timbalannya, Umno Sabah pula menerusi Ketua Penerangannya, yang mana, kedua-kedua penafian tersebut, boleh dilampui keputusan Datuk Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin.
Bagi Umno dan Warisan, matlamat utama dua parti itu merealisasikan Langkah Kinabalu yang gagal. Dua parti itu, tidak mahu tercatit dalam sejarah, yang mana para pemimpinnya gagal menjayakan gerakan atau tindakan atau hasrat.
Penafian menerusi hibahan akhbar, untuk menyembunyikan hasrat dua parti tersebut, agar tidak menjadi isu parti lawan.
Modus operandi yang digunakan, masing-masing hanya bertanding sejumlah kerusi dengan memberi alasan memberi tumpuan pada kawasan yang boleh dimenangi.
Oleh kerana majoriti mudah DUN Sabah 37/73, maka masing-masing akan bertanding sejumlah itu atau lebih sedikit.
Berikutan kaedah yang digunakan tersebut, masing-masing parti hanya terlibat bertanding satu sama lain di sebahagian kerusi, tetapi apa yang jelas, kerusi-kerusi yang dimenangi masing-masing pada PRN-16, tidak ada pertembungan.
Pendekatan yang digunakan dua parti tersebut untuk memastikan kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRN-16 kekal dimenangi.
Matlamat dua parti tersebut, jika tidak menang 37/73, maka akan bekerjasama membentuk kerajaan negeri.
Dua parti tersebut akan berkempen seolah-olah berlawan satu sama lain, akan tetapi niat tersirat mereka adalah bekerjasama selepas pilihan raya untuk merealisasikan Langkah Kinabalu yang digagalkan.
Hasrat Umno dan Warisan hanya menyingkirkan GRS, khususnya parti yang dipimpin Ketua Menteri, Gagasan Rakyat.
Gagasan Rakyat akan bertanding di kerusi-kerusi yang turut ditandingi Umno atau Warisan. Apabila Umno dan Warisan tidak bertembung, menurut hemat dua parti tersebut akan berlaku pemindahan undi secara total, maka kemenangan berpihak pada calon-calon dua parti tersebut.
Pemimpin dua parti tersebut terlepas pandang kecenderungan pengundi sepertimana berlaku pada PRU-15, yang mana, sokongan terhadap dua parti tersebut cenderung menurun. Selain itu, fakta yang dialami Umno/BN dan PH pada PRN2023 untuk enam negeri di Semenanjung, apabila tidak berlaku pemindahan undi, malah, kedua-dua pihak mengalami kemerosotan undi.
Apapun modus operandi atau strategi Umno dan Warisan, dua parti itu akan mengalami penolakan rakyat pada PRN-17, kerana rakyat secara umumnya telah selesa dengan GRS.
Latar belakang politik Sabah, apabila selesa dengan sesebuah parti, maka akan disokong sekurang-kurangnya dua penggal. Jinx dua penggal dipecahkan Umno/BN apabila menjadi tulang belakang kerajaan Sabah sejak tahun 1994 sehingga tahun 2018, menerusi PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013.
Era hari ini, adalah era GRS. Dikatakan era GRS bukan tidak bersebab, jawapannya adalah, pencapaian demi pencapaian kerajaan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) diluar perkiraan mana-mana pihak, terutama berkaitan kutipan hasil negeri.
No comments:
Post a Comment