Sunday, September 10, 2023

ULASAN KEPUTUSAN PRK PULAI JOHOR

PERATUSAN yang keluar mengundi hanya 47.08%, iaitu 78,453 daripada 166,653, berbanding PRU15 peratusan keluar mengundi 70.96%, iaitu 117,303 daripada 165,313.

Pada PRU15 undi PH dan BN masing-masing 64,900 dan 31,726 secara keseluruhan berjumlah 96,626 atau 82.37%, manakala PN 20,677 atau 17.63%.

Pada PRK Pulai penurunan peratusan mengundi 33.12%, jika dinisbahkan pada undi yang diperolehi maka untuk PH-BN sepatutnya 64,622 akan tetapi jumlah yang diperolehi hanya 48,283, ertinya berkurang 16,339 undi (-25.28%). Manakala PN sepatutnya 13,828 akan tetapi undi yang diperolehi 29,642 meningkat 15,814 (+114.36%).

Walaupun PH-BN mempertahan kerusi Parlimen Pulai akan tetapi memperlihatkan penurunan sokongan yang amat ketara, iaitu 25.28%, manakala PN mendapat peningkatan sokongan diatas 100%, iaitu 114.36%.

Jika peratusan undi sama seperti PRU15, PH-BN akan mendapat undi 72,199, manakala PN 44,323. Ertinya, apapun senarionya, PH-BN kekal mempertahankan Parlimen Pulai.

Meneliti undi PRU15, undi BN yang berpindah ke PH seramai (72,199-64,900) 7,299 (23.01%), manakala ke PN (44,323-20,677) 23,646 (114.36%).

Dapat disimpulkan pertambahan undi calon PN datangnya daripada pengundi BN.

Bagi Parlimen Pulai berpandukan pada PRU15, jikapun semua pengundi BN mengundi calon PN, calon Amanah kekal menang.

Trend pengundian pada PRK Pulai kerjasama PH-BN dan DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) tidak berkesan pada pengundi PH, sebaliknya berkesan pada pengundi BN.

Untuk sementara, dakwaan bahawa REFORMASI yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dimata pengundi PH masih utuh, bercanggah dengan persepsi reformasi telah bertukar pada REFORMATI.

Menerusi PRK Pulai boleh lah disimpulkan bahawa penyokong PH kekal kukuh dengan pakatan itu, manakala yang menjadi perhatian adalah penyokong BN.

Pada PRU15 BN menang 23/165 kerusi di Semenanjung, manakala PN 71/165 sama dengan PH. Kerana kecenderungan pengundi BN kepada PN, maka ada kemungkinan kerusi-kerusi BN akan dirampas PN, sehingga boleh mengubah kedudukan kerusi di Semenanjung, PN 94/165, manakala PH kekal dengan 71/165.

Bagi tujuan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang memerlukan 112/222, PN hanya merelukan sokongan 18 kerusi daripada Blok Borneo, manakala PH 41. Blok Borneo mewakili 57 kerusi, 31 di Sarawak, 25 di Sabah dan 1 WP Labuan.

Ertinya pada PRU16, Blok Borneo akan menjadi KINGMAKER. Mana-mana blok parti yang disokong blok borneo boleh membentuk kerajaan.

Apapun PRU16 berbaki 4 tahun lagi. Apa yang menjadi pengukur pada PRU itu adalah PRN17 Sabah yang bakal berlangsung pada tahun 2025. Daripada PRN17 Sabah akan terlihat peranan Blok Borneo pada PRU16.

No comments:

Blog Archive