Monday, September 25, 2023

PRK DUN PELANGAI: BN ATAU PN?

ATAS kertas, Barisan Nasional (BN) boleh menang mudah. Lagi pun DUN Pelangai adalah KUBU BN berdekad lamanya.

Hanya pada PRU15, DUN itu ditandingi calon berbeza, sebelumnya terus menerus ditandingi mantan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakub.

Pada PRU15, calon BN- Allahyarham Datuk Johari Harun, menang dengan majoriti 4,048, lebih besar berbanding undi yang diperolehi calon terdekat Cikgu Kassim Samat, 3,260 daripada PN, yang bertanding semula pada PRK ini.

DUN Pelangai yang berkomposidi 71% pengundi Melayu, 20% kaum cina, 6% India dan 3% lain-lain, jika berpandukan pada PRK Pulai dan PRN2023, BN akan mengalami kesukaran mempertahankan kerusi, kecuali peratusan pengundi kaum melayu rendah sekali, manakala kaum cina keluar mengundi “Full Force”, maka BN mempunyai kelebihan.

Jika sekiranya peratusan keluar mengundi 70% untuk 3 kaum, dan PN mendapat sokongan 70% pengundi Melayu, maka kemungkinan akan berlaku “upset” walaupun kaum cina 90% menyokong BN.

Tidak dapat dinafikan momentum gelombang melayu masih terasa, seperti mana berlaku pada PRU15, PRN2023 dan PRK Pulai.

Jika momentum gelombang melayu berterusan pada PRK ini, bermakna sebahagian besar pengundi orang Melayu telah membuat keputusan memilih PN sebagai platform perjuangan baharu.

Tiada siapa yang boleh menyalahkan kaum itu jika menukar platform perjuangan yang berdekad lamanya diberikan pada Umno.

Dalam arena demokrasi, tiada sekatan pada mana-mana kaum memilih platform perjuangan.

Fenomena menukar platform perjuangan, telah dirasai di Sabah pasca PRU14. Sebab itu, kemunculan parti baharu seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mendapat perhatian rakyat, sehinggakan boleh menubuhkan kerajaan selepas PRN16 Sabah.

Demikian juga di Semenanjung, jika kaum melayu menukar platform perjuangan bukan lah luarbiasa, melainkan memenuhi tuntutan demokrasi atau kebebasan memilih.

No comments:

Blog Archive