KUALA LUMPUR: Isnin 4 September 2023- HAKIM Mahkamah Rayuan yang menjalankan tugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Moktar untuk membebaskan Tanpa Dilepaskan (DNAA) 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selepas 77 hari perbicaraan akhirnya Timbalan Pendakwa Raya mengemukan 11 alasan kepada mahkamah antaranya dua reprensentasi yang dikemukakan tertuduh telah menyentuh isu siasatan sebelum, semasa dan selepas Ahmad Zahid dituduh di mahkamah.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya itu, kes yang membabitkan Zahid dibuat secara terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap. Atas sebab itu mahkamah diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara ingin menghentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Timbalan Perdana Menteri I dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.
Presiden Umno itu dihadapkan ke mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018 untuk menghadapi pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi.
Pada 24 Januari 2022, Hakim Mahkamah Tinggi- Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Presiden Umno itu membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan tersebut.
Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.
Ada lah satu persoalan, mengapa kah timbul alasan yang digunakan Timbalan Pendakwa Raya pada hari ini, bahawa tuduhan terhadap pengasas Yayasan Akalbudi tersebut- terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap.
Kesan pertuduhan itu, bukan sahaja menafikan peluang Presiden Umno itu menganggotai kabinet Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada Mac 2020, juga memberi kesan pada Umno sebagai parti dalam pilihan raya.
Berpandukan pada keputusan Timbalan Pandakwa Raya dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid, apa kah juga pendakwaan berprofail tinggi sebelum ini dan yang terkini yang membabitkan pertuduhan rasuah juga berakhir dengan –tindakan terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap?. Jika ini lah kejadiannya, maka benar lah anggapan pertuduhan-pertuduhan itu bermotifkan politik.
Sungguh malang kerana tindakan terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap telah menghabiskan masa mahkamah. Yang paling menyedihkan lagi, tertuduh terpalit imej buruk yang sepatutnya tidak perlu berlaku.
No comments:
Post a Comment