Sunday, September 24, 2023

GRS DAN PH MENUJU KERJASAMA PILIHAN RAYA?

ISYARAT yang diberikan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bahawa GRS dan PH kekal tadbir Sabah selepas PRN akan datang adalah tanda-tanda bahawa akan berlaku kerjasama PILIHANRAYA antara dua blok parti itu.

Untuk rekod, PH menjadi sebahagian rakan GRS pada 10 Januari 2023 untuk menerajui kerajaan Sabah ekoran Langkah Kinabalu yang digerakan segelintir wakil rakyat Umno yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin pada 6 Januari.

Sebelum langkah kinabalu, Umno/BN bersama GRS, mentadbir Sabah, yang dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN ekoran mandat yang diberikan rakyat pada PRN16 Sabah.

Apabila berlakunya kerjasama pilihanraya, perkara pokok yang biasanya perlu perundingan adalah berkaitan agihan kerusi, yang berpaksi pada kekuatan antara parti.

Penentuan agihan kerusi, kadangkala berlaku kerumitan, sehinggakan tidak dapat mengelak free contest pada sesebuah kawasan.

Jika memang berlaku kerjasama pilihanraya antara GRS-PH, kemenangan, sangat dipengaruhi bagai mana agihan kerusi.

Dalam PH Sabah, selain DAP, PKR, Amanah, juga UPKO. Pada PRN16 Sabah, UPKO menyumbang satu kerusi, daripada 7 ADUN PH yang bersama-sama GRS dalam kerajaan GRS PLUS.

Penulis melihat, isu yang bakal dihadapi menerusi kerjasama GRS-PH, ada lah agihan kerusi di kawasan Bumiputera bukan islam, kerana pendirian UPKO yang mahu bertanding lebih banyak kerusi, yang juga secara tradisinya juga kawasan-kawasan itu diintai PBS dan STAR.

Sementara di kawasan-kawasan bumiputera islam dan cina, agak mudah dalam agihan kerusi, kerana tidak banyak kerumitan yang bakal timbul, kerana di kawasan-kawasan sedemikian, lebih bersifat “straight forward” bersandarkan pada kekuatan antara parti.

Sabah yang mempunyai 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, mana-mana blok parti memerlukan 38/73 sebagai syarat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Kerjasama GRS-PH dalam pilihan raya, memudahkan dua blok parti itu mencapai 38/73, kerana di kawasan kaum cina, dilihat mudah disumbangkan PH,menerusi DAP dan PKR.

Pada PRN Sabah akan datang, persaingan hanya tertumpu pada kawasan bumiputera terutama kawasan bumiputera islam, kerana GRS, menerusi PGRS, perlu bertembung selain dengan Umno, Warisan juga Bersatu.

Hakikatnya berasaskan kecenderungan politik Sabah pada masa ini, jika agihan kerusi boleh dirungkai berasaskan menang-menang, kerjasama GRS-PH mempunyai kelebihan di kawasan Bumiputera bukan islam, manakala di kawasan Bumiputera islam, akan berlaku persaingan sengit, sehingga mungkin, parti yang menang bersandar pada First Past The Post (FPTP), iaitu calon popular menang, walaupun bukan kemenangan undi popular.

No comments:

Blog Archive