Friday, September 22, 2023

APABILA HILANG PUNCA TANGANI KOS SARA HIDUP

KETIADAAN solusi tangani kos sara hidup, kerana pendapatan boleh guna tidak mencukupi, Menteri Ekonomi, salahkan rakyat yang makan di luar rumah/tidak masak sendiri sebagai punca.

Masak di rumah bagi mereka yang suka masak, jika kos makan untuk tiga orang dewasa di luar RM30.00 sekali makan (ayam penyek misalnya), jika masak dirumah, jika dibutirkan menyediakan makanan yang sama, dengan mengambil kira, air, gas, minyak, nasi, timun, sambal, kosnya hampir sama, tidak lagi mengambilkira,masa yang digunakan, selain, apa kah masakan serupa dengan ayam penyek yang dijual di luar.

Kandangkala, apabila seseorang yang menyifatkan dirinya kaya dengan formula dan solusi, apabila diberi peluang menyelesaikan masalah, kehilangan punca, sehinggakan mencari kambing hitam, umpama tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket.

Sebenarnya, tiada cara menyelasaikan kos sara hidup kesan kenaikkan harga barang, melainkan mencipta peluang pekerjaan yang membolehkan rakyat menambah pendapatan.

Dalam keadaan harga barang menanjak naik, kaedah pentadbiran yang sangat terikat dengan “buku” adalah salah satu penyumbang pada kelambatan penyelasaian, kerana apa yang diperlukan, kerajaan perlu berbelanja, perlu cepat memindah wang ke poket pengguna, dengan cara apa sekalipun, kerana menerusi kaedah sedemikian, maka rakyat dapat meningkatkan pendapatan boleh guna (disposible income).

Memang, apabila pengguna mempunyai lebihan wang, maka akan menyumbang pada inflasi, apabila daya beli berkurang, kerana mungkin ketimpangan kelajuan kenaikkan harga barang lebih peka/cepat berbanding kelajuan peningkatan pendapatan boleh guna. Akan tetapi, apabila pengguna mempunyai pendapatan boleh guna yang tinggi, aktiviti ekonomi nampak hidup. Apabila aktiviti ekonomi hidup, maka, membuka banyak lagi peluang-peluang lain.

Menghalang harga naik, bukan kaedah terbaik, sebab itu banyak negara tidak fokus pada harga barang, melainkan fokus pada peningkatan pendapatan boleh guna. kerana itu, jika secangkir kopi hitam di Country Height, Minitod, Penampang berharga RM2,akan tetapi di kedai penggiran di Tokyo RM18.00.

Penulis melihat cara kerajaan menangani kos sara hidup pada ketika ini bergantung pada simulasi hasil formula yang digunakan dalam komputer, bukan berasaskan pada keadaan di lapangan atau keadaan nyata. Kerana itu, timbulnya dakwaan, punca rakyat terkesan kos sara hidup kerana makan di luar atau makan di restoran.

Sepatutnya kerajaan, sudah dapat menjangka, bahawa kenaikkan kos sara hidup bakal berlaku kerana kesan pandemik Covid-19, atas sebab itu strategi jitu perlu dietakkan atau diambil atau keadah kalaupun tidak tepat, akan tetapi sekurang-kurangnya dapat menyumbang pada penyelasaian, bukannya masih bergantung pada persepsi/andaian/analisis/sebab musabab. Fikir-Fikirkan

No comments:

Blog Archive