Sunday, August 13, 2023

PRN 6 NEGERI: PESONA UMNO HANYA DI NEGERI SEMBILAN

D
ARIPADA 108 kerusi yang ditandingi Umno, hanya menang 19 (17.5%), yang menyebabkan parti itu hanya membantu PH/BN di Negeri Sembilan, apabila menang 14/17 (82.3%), atau 14/31 kerusi dimenangi PH/BN (45.2%).

Di Selangor Umno hanya menang 2/12 (16.7%) atau 2/34 (5.9%) kerusi yang dimenangi PH/BN. Ertinya tanpa kerusi Umnopun PH boleh menubuhkan kerajaan.

Di Pulau Pinang Umno menang 2/6 (33.3%) atau 2/29 (6.9%), juga tanpa kerusi Umnopun PH boleh menubuhkan kerajaan.

Di Kedah, Umno menang kosong kerusi daripada 15 yang ditandingi. Demikian juga di Terengganu kosong kerusi daripada 27 kerusi yang ditandingi. Di Kelantan pula kerusi terbanyak ditandingi parti itu 31/45, hanya menang 1 kerusi.

Apa isyarat yang cuba diberikan pengundi khususnya pengundi melayu pada parti itu?

Umno kena menerima hakikat, bahawa sokongan kaum yang mendasari perjuangan parti itu telah menolak.

Di Negeri sembilan, walaupun parti itu menang 14 daripada 17 yang ditandingi, jelas kerana bantuan undi kaum lain, yakni penyokong PH.

Juga PRN kali ini, PH/BN menang dengan kuasa 2/3 di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, akan tetapi hanya menang majoriti mudah di Selangor, kehilangan super majority keputusan PRU14.

Selain itu, PRN kali ini, jelas di negeri-negeri “malay heartland” Kedah dan Kelantan PH/BN ditolak hampir mutlak. Sementara di Terengganu MUTLAK.

Di pihak lain pula, PN ‘in-road” di Pulau Pinang apabila menang 11/40 (27.5%); di Selangor menang 22/56 (39.3%) dan di Negeri Sembilan 5/36 (13.9%) . Berbanding PH/BN di Kedah 3/36 (8.3%); di Kelantan 2/45 (4.4%) dan Terengganu 0/32 (0.0%).

Umno yang dijadikan ayam tambatan atau penyerang barisan hadapan PH/BN di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu, terbukti, tiada pesona lagi, mengikut trend apa yang dilalui parti itu pada PRU-14 dan PRU15.

Benar lah apabila sesebuah parti ditolak oleh kaum yang diperjuangkan, maka akan terus ditolak.

Umno yang berbangga dengan jumlah ahli teramai, perlu menerima, bahawa keahlian itu hanya catitan atas kertas, bukan lagi keahlian yang boleh mendokong seperti mana yang pernah dirasai parti itu dalam 13 kali PRU di negara ini.

Jika sebelum ini ada anggapan bahawa PRN 6 negeri ini adalah “acid test” kerjasama Umno/PH, maka jelas, tindakan parti itu tidak mampu mengembalikan keperkasaan yang pernah dikecapi.

No comments:

Blog Archive