Monday, July 24, 2023

PERPADUAN ASAS KEKUATAN GRS!!!

SESEBUAH parti politik, menjadi kuat, apabila adanya perpaduan semua lapisan yang menyokong, daripada peringkat akar umbi hingga ke pucuk pimpinan.

Musuh utama perpaduan adalah perpecahan. Perpecahan boleh menjadikan sesebuah parti lemah.

Di peringkat kepimpinan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semua parti komponen termasuk ahli terus/langsung, telah bersetuju, bahawa PERPADUAN perlu dijadikan asas kekuatan gabungan tersebut.

Kerana PERPADUAN menjadi asas dan landasan untuk kekuatan, maka Pengerusi Gabungan tersebut yang juga Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor berpesan pada Sayap Wanita gabungan tersebut, jangan sesekali berlaku kesilapan antaranya perbalahan sesama sendiri atau dalaman yang boleh menghalang perpaduan.

Seluruh jajaran parti perlu memerkukuh perpaduan sebagai asas utama kekuatan.

Rakyat umum akan menyokong sesebuah parti yang mempunyai perpaduan tinggi, kerana parti seumpama itu boleh mengwujudkan kestabilan.

Oleh kerana perpaduan dijadikan sebagai asas kekuatan, tentunya ada pihak-pihak yang cuba menanam perpecahan, kerana hanya cara itu sahaja, boleh menganggu gugat kekuatan.

Gagasan Rakyat Sabah (GRS) cuba diganggu keterpanduan apabila berlakunya “Langkah Kinabalu” pada 6 Januari 2023.

Oleh kerana keterpaduan antara pemimpin dan kemudiannya dibela oleh wakil-wakil rakyat yang menghormati aspirasi rakyat Sabah pada PRN-16 Pada September 2020, maka kerajaan yang dibentuk kekal sehingga hari ini, malah semakin kukuh.

Kukuhnya kerajaan, kerana politik yang stabil, maka memberi ruang pada kemajuan dan membangun negeri.

Rakyat Sabah perlu mengekalkan kestabilan ini,untuk memberi sokongan berterusan pada GRS untuk menerajui kerajaan negeri.

No comments:

Blog Archive