Monday, July 24, 2023

PRN 6 NEGERI: APA KAH ISU PENGUNDI TERTIPU BERIMPAK PADA PH/BN?

APAPUN alasan yang diberikan selepas PRU15, kesan pengundi tertipu tidak dapat dielak. Kesan pengundi tertipu, akan menghalang “pemindahan mutlak” undi masing-masing parti.

Blok parti yang terkesan pengundi tertipu adalah PH/BN.

Pada PRU15, pengundi yang mengundi BN- selain penyokong tegar parti itu, juga kerana ISU NO ANWAR, NO DAP DAN NO BERSATU. Manakala yang mengundi PH, selain penyokong parti itu, juga mereka yang menolak kleptokrasi dan parti yang dipimpin Hoi HoiYa Hoi.

Oleh kerana isu pemindahan undi mutlak kemungkinan besar tidak berlaku, maka ada dua keadaan berlaku, mereka yang protes tidak keluar mengundi atau berlaku cross voting.

Apabila berlaku cross voting, maka undi itu akan jatuh ke tangan PN, terutama pengundi melayu. Ertinya, yang terkesan adalah calon-calon Umno, PKR dan Amanah di kawasan-kawasan melayu.

Dilihat kesan pengundi tertipu, tidak sangat berkesan pada calon-calon parti DAP, kerana parti itu tiada saingan berat di kerusi-kerusi yang ditandingi, walaupun mungkin majoriti kemenangan akan berkurang.

Atas sebab tidak berlakunya pemindahan undi mutlak, dan berlakunya cross voting, maka jika berpandukan pada trend PRU-15, DAP akan menang 85% kerusi yang ditandingi, PKR 36%, Umno dan Amanah masing-masing 16%.

Pada PRN 6 negeri, daripada 245 kerusi DUN yang tersedia, Umno bertanding 108 kerusi; PKR 58; DAP 48; dan Amanah 31.

Dengan kebarangkalian demikian, hanya Pulau Pinang dapat dipertahankan oleh PH/BN, manakala Negeri Sembilan dan Selangor, PN menang majoriti kecil (kalau tidak berlaku DUN tergantung), manakala di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PN mencapai kemenangan dengan super majority.

Menerusi keputusan sedemikian, maka satu tamparan hebat pada PH terutama Perdana Menteri. Manakala Presiden Umno, penolakan pada parti itu memangpun dijangka, seperti mana pandangan KJ, Umno bungkus.

Enam negeri yang mengadakan pilihan raya mempunyai 80 kerusi parlimen. Keputusan PRU15, 45 kawasan dimenangi PN, manakala PH/BN 35.

No comments:

Blog Archive