Tuesday, July 25, 2023

BASMI KEMISKINAN- PERLUAS KAWASAN SLDB

PENULIS tertarik pada satu laporan portal atas talian SABAH BARU NEWS, yang memetik kenyataan Pengerusi SLDB (Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah)- Datuk Abdul Ghani Yassin bahawa pendapatan bulanan peneroka ladang yang dikelola agensi itu Ladang Apas Balung dan Merotai, Tawau antara RM4,035 dan RM6,884. Kadar pendapatan ini bukan sahaja melepasi garis kemiskinan, akan tetapi pendapatan graduan profesional yang berpengalaman antara 2-3 tahun.

Sabah adalah negeri yang tersenarai ramai rakyat hidup di bawah garis kemiskinan. Melihat kebolehan agensi kerajaan seperti SLDB meningkatkan pendapatan, maka sepatutnya kaedah ini diperluas di negeri Sabah.

Penulis teringat usaha kerajaan era Tan Sri Musa Aman yang memperkenalkan GERAN KOMUNAL, yang bermatlamat seperti mana dilaksanakan SLDB. Penulis tidak mengikuti lagi perkembangan geran komunal itu, selepas dimansuhkan oleh Kerajaan Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, kerana memilih memberikan geran pemilikan tanah secara individu/perorangan.

Kata orang tua-tua berbudi pada tanah tidak salah alamat, kerana telah dibuktikan oleh SLDB.

Berbudi pada tanah, bukan sahaja membantu para peneroka secara khususnya, akan tetapi rakyat dan negeri.

Jika membaca laporan portal tersebut ladang Apas dan Merotai tidak terhad pada tanaman yang diusahakan akan tetapi juga termasuk menternak kambing. Daging kambing, mempunyai permintaan tinggi, bukan sahaja di Sabah akan tetapi dalam negara.

Jika lah tanah-tanah yang termasuk tanah adat atau geran komunal boleh diusahakan seperti mana dilaksanakan SLDB, penulis yakin, jumlah rakyat yang tersenari miskin bukan sahaja dikurangkan, akan tetapi boleh dihapuskan.

Penulis yakin Kerajaan Sabah melalui Pengerusi lembaga akan memperluas ladang-ladang di kawasan-kawasan yang masih tersedianya tanah dan disesuaikan dengan tanaman yang bersesuaian, dan melibatkan rakyat yang tergolong miskin, sebagai kaedah membasmi kemiskinan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive