Wednesday, June 28, 2023

HAIWAN KORBAN- KETAATAN PADA MAHA PENCIPTA & KEPEDULIAN SOSIAL

JIKA yang menyumbang/berkorban itu individu beragama islam, kerana ketaatan pada Allah SWT, sekali gus merasa malu pada Maha Pencipta, kerana ada hamba Allah yang tidak merasa apa yang dirasai.

Manakala individu bukan beragama islam yang menyumbang binatang korban (bukan berkorban), kerana faktor kepedulian sosial, yang membawa erti, agar mereka yang tidak merasa apa yang dinikmati penyumbang dirasai juga oleh mereka yang tidak berkemampuan.

Jika dua keadaan yang berbeza ini, benar-benar diinsafi, maka, tidak timbul adanya pengolongan strata rakyat, yang sangat popular, Golongan T20,M40 dan B40 atau miskin, miskin tegar.

Jangan cuba ada sesiapa di antara kita menolak/menafikan, bahawa tidak mendalamnya pengertitan berkaitan latar belakang binatang korban, maka berlakunya pengkelasan manusia di muka bumi ini.

Hakikatnya, kurangnya pengertian itu, kerana sepertimana pesanan Imam Ghazali r.a. bahawa Perkara Paling Besar di dunia adalah NAFSU.

Oleh kerana nafsu, maka menjadi dinding kukuh, ada di antara kita, kehilangan kemampuan menghayati secara mendalam apa di sebalik binatang korban.

No comments:

Blog Archive