Wednesday, May 10, 2023

PRN ENAM NEGERI- SEJAUH MANA KEPUTUSAN PENGUNDI MELAYU?

JIKA Perikatan Nasional (PN) menang banyak kerusi sehingga boleh membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah, jawapannya kerana pengundi melayu.

Di Kelantan dan Terengganu lain kira lah, kerana dua negeri itu kubu kuat PN/PAS.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan mahukan Parti Umno menang banyak kerusi samasa PRN tersebut, kerana menerusi kemenangan, maka parti melayu itu mendapat semula sokongan kaum yang diwakili.

Menurut Loke, jika kaum melayu menyokong Umno semula, maka baik untuk kerajaan Perpaduan.

Pandangan penulis pula, walaupun pengundi melayu memberi kemenangan besar pada Pas/PN ianya hanya berlegar-legar di peringkat negeri, seperti mana kaum cina memberi kemenangan pada Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang.

Apabila dihubungkan dengan kerajaan Persekutuan, selagi parti-parti Blok Borneo bekerjasama dengan PH, selagi itu dapat membentuk kerajaan.

Blok parti Borneo mempunyai pengalaman “dibuli” atau dianggap melukut tepi gantang berdekad lamanya, sehinggakan tuntutan rakyat dua negeri itu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sahaja di ding dong, akan tetapi tiada keputusan muktamad mengenainya.

Hanya selepas Pasca PRU-14, sedikit-sedikit butiran atau tuntutan MA63 direalisasikan.

Kini parti-parti atau pemimpin Blok Borneo sudah melihat, pemimpin mana atau parti mana yang ikhlas menunaikan tuntutan rakyat dua negeri tersebut.

Penulis memperhatikan, walaupun Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri ke-10 cukup kuat dengan kuasa 2/3, akan tetapi bersedia menunaikan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak seperti mana terkandung dalam MA63, termasuk lah bersedia membayar balik 40% kutipan bersih Persekutuan di Sabah selepas pengiraannya dimuktamadkan.

Selain itu, selepas 60 tahun bersama Persekutuan Malaysia, hanya menerusi Kerajaan Perpaduan Jabatan Kerjaraya dua negeri diiktiraf sebagai jabatan teknikal, dan diberi kuasa melaksanakan projek-projek Persekutuan berkos RM50 juta ke bawah.

Menerusi keputusan sedemikian, maka rakyat dua negeri itu perlahan-lahan mendapatkan semula “pride” sebagai tiga wilayah membentuk Persekutuan Malaysia, sedangkan “pride” itu cuba dilenyapkan bermula tahun 1976, apabila status dua negeri tersebut disama taraf dengan negeri-negeri di Tanah Melayu.

Hakikatnya perhatian pada dua negeri Borneo bermula semasa Perdana Menteri ke-5, akan tetapi gemanya tidak lah begitu kuat. Secara nyata pengiktirafan pada dua buah negeri itu nampak semasa PM-6, apabila Hari Malaysia disambut secara nasional, dan disusuli dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Peubahan politik tanah air, menyebabkan parti-parti besar mula melihat betapa pentingnya sokongan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, sedangkan sebelum PRU-14, ianya dilihat sebelah mata, kerana blok parti besar mempunyai kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Apa yang pasti senario politik di dua buah negeri Borneo itu, memastikan parti-parti tempatan menjadi parti dominan, sebagai kekuatan mengharungi arena politik negara. Memang tidak mudah menjadikan parti tempatan, parti dominan, kerana kehadiran parti-parti nasional, namun kecenderungan rakyat dua negeri itu yang lebih condong pada parti-parti tempatan boleh merealisasikan matlamat itu.

Di Sarawak parti-parti tempatan bergabung dalam GPS, manakala di Sabah pula menerusi GRS. Rakyat dua negeri itu melihat GPS dan GRS boleh menjadi blok utama Borneo.

Pun demikian, di Sabah apa kah GRS benar-benar menjadi parti dominan seperti mana GPS akan dilihat pada PRN-17 negeri akan datang.

Di tiga wilayah, pada PRU-16, apa kah GPS menguasai Sarawak, sementara GRS di Sabah, manakala di Semenanjung antara PN dan PH. Sama-sama kita nantikan masa itu.

No comments:

Blog Archive