Tuesday, May 09, 2023

ISU TUMBANGKAN ANWAR-SATU STRATEGI KUKUHKAN KERAJAAN PERPADUAN

APABILA ada pihak yang membuat dakwaan bahawa kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim ditumbangkan menerusi kaedah pilihan raya kecil (PRK), dan dikatakan mereka yang menyebabkan PRK itu adalah ahli-ahli parlimen daripada Umno/BN.

Daripada jumlah MP yang dikaitkan dengan PRK itu, hanya Presiden MCA yang juga MP Ayer Hitam membuat penafian, manakala yang lain, memilih mendiam diri, atas sebab kerusi mereka bukan lagi hak individu melainkan parti yang diwakili sesuai dengan Undang-Undang Anti Lompat.

Laporan media sosial dan portal berita atas talian yang tidak bersumber turut dipetik Perdana Menteri, dan seterusnya mencabar mereka yang mempunyai cukup kerusi membuat usul di Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja, Istana Negara pun memberi reaksi, bahawa sebarang Surat Akuan Bersumpah daripada mana-mana ahli parlimen tidak akan dilayan.

Seperti mana diketahui umum, sebaik sahaja spekulasi atau gosip menumbangkan kerajaan, berbagai pihak membuat penafian, termasuk lah pemimpin Perikatan Nasional (PN). Pada masa sama, parti-parti yang menyokong kerajaan Perpaduan menyatakan pendirian masing-masing akan terus menyokong sehingga penggal parlimen ke-15 berakhir.

Menerusi kenyataan-kenyataan daripada pemimpin atau ahli parlimen yang menyokong Datuk Seri Anwar maka membawa pengertian, Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh, dan tiada kesangsian mengenainya.

Menerusi sokongan kukuh, maka menjadi isyarat pada rakyat dan pelabur asing, bahawa politik dan kerajaan berkedudukan kukuh dan stabil.

Ekoran adanya cerita gerakan menumbangkan, ahli parlimen daripada parti-parti kecilpun secara terbuka membuat kenyataan untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan. Makna kata, sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, sudah “in full circle”, yang membawa pengertian, 148 ahli parlimen yang menyokong akan terus kekal (intake) sehingga tamat penggal.

Kenyataan sokongan sedemikian diperlukan Anwar sebagai isyarat pada dunia luar khususnya para pelabur, bahawa beliau “in control”.

Kestabilan kerajaan diperlukan supaya langkah-langkah yang perlu dilakukan dapat diurus dengan sebaik-baiknya khususnya berkaitan masalah yang didepani rakyat- KOS SARA HIDUP.

Bagi rakyat Sabah pula, merealisasikan butiran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk bayaran bersih 40% kutipan hasil Persekutuan daripada negeri dikuatkuasakan. Bayaran (termasuk yang tertunggak sejak tahun 1976) sangat diperlukan rakyat Sabah selain untuk membangun kemudahan-kemudahan asas, juga sebagai modal untuk melaksanakan berbagai aktiviti ekonomi untuk membuka peluang pekerajaan sebagai usaha meningkatkan pendapatan perkapita rakyat.

No comments:

Blog Archive