Wednesday, April 19, 2023

NILAI TAMBAH DALAM POLITIK

SESEBUAH parti atau pemimpin yang diterima masuk pada sesebuah gabungan politik kerana yang menerima melihat parti atau pemimpin yang diterima itu dapat memberi nilai tambah.

Dalam politik maskud nilai tambah ia lah daripada segi sokongan rakyat.

Besar kecilnya nilai tambah itu relatif, bagi parti yang menerima. Mungkin sahaja nilai tambah yang diharapkan adalah dari segi nombor, mungkin juga daripada segi persepsi.

Ada parti politik yang tidak mahu ada pihak yang menjadi penghalang, walaupun penghalang itu tidak lah signifikan sangat.

Sesebuah parti yang ingin mendapat sokongan rakyat, mahu kenamakkan kurang penentangan, sebaliknya mahu sentiasa nampak disokong.

Asas sesebuah parti, jika kenampakkan ramai penyokong, maka menjadi faktor pemasaran bagi parti itu mendapat sokongan rakyat semasa pilihan raya.

Kerana matlamat ada lah pilihan raya, maka parti-parti kecil yang dipimpin pemimpin yang suatu ketika pernah mewarnai politik, maka diterima sebagai parti gabungan.

Demikian juga pemimpin-pemimpin veteran yang pernah mewarani politik diberi peranan atau kedudukan sebagai alat pemasaran bagi sesebuah parti.

Malangnya, apa yang berlaku, harapan untuk nilai tambah untuk sesebuah politik tidak kesampaian atas sebab mereka yang diharapkan menambah nilai itu, memisahkan diri mereka dengan dunia luar atau dengan rakyat secara umum.

Penulis pernah meminta nombor seorang pemimpin daripada seorang aktivis sebuah parti, atas sebab urusan penyelesaian buku politik yang penulis siapkan. Alang kah terperanjatnya penulis, nombor yang diberikan diiringi dengan “jika Datuk menjawab panggilan atau jika Datuk menjawab pesanan). Mengapa kah keadaan sedemikian berlaku? Sedangkan Datuk yang dimaksudkan diharapkan MEMBERI NILAI TAMBAH pada parti yang memberi amanah menerusi perlantikan jawatan politik.

Apa kah jawatan politik yang berelaun tersebut hanya untuk diri sendiri? Fikir-Fikir kan

No comments:

Blog Archive