Thursday, April 06, 2023

KEKUATAN RAKYAT SABAH APABILA SEMUA BERSATU


DATUK Seri Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan pemimpin lain yang mengemudi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara terus menerusi menyatukan rakyat Sabah rentas lapisan dan latar belakang, apabila menerima kemasukan dua parti iaitu LDP dan PHRS ke dalam Gabungan tersebut pada mesyuarat Majlis Tertinggi Gabungan itu pada Rabu.

Pengumuman penerimaan dua parti itu penulis perolehi menerusi laman facebook Ketua Penerangan PBS- Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu.

LDP adalah bekas komponen parti tertua BN Sabah suatu masa lalu, sebelum keluar selepas PRU-14, manakala PHRS (parti Harapan Rakyat Sabah) parti yang pernah dikemudikan oleh Allahyarham Datuk Lajim Ukin.

Matlamat Gabungan sekecil manapun sesebuah parti perlulah bersatu dalam satu ikatan, untuk mengambil iktibar sperti kekuatan seberkas lidi.

Gambaran kekuatan sebagai seberkas lidi, penulis kupas menerusi Buku Terbaharu Penulis yang Bertajuk SEPULUH JANUARI, yang bakal diterbitkan pada Mei atau Jun tahun ini.

Hajiji dan pemimpin Gabungan melihat kekuatan politik Sabah dalam konteks negara, apabila sebuah parti diwakili/disokong semua lapisan rakyat Sabah, dan paling mustahak parti itu merupakan adunan aspirasi rakyat secara menyeluruh.

Kekuatan mana-mana parti, apabila rakyat melihatnya mewakili mereka, dan pada masa sama menjadi sandaran untuk memperjuangkan/membela untung nasib mereka.

Dalam senario politik Sabah, nampaknya Gabungan dilihat/dirasakan ada lah parti yang memenuhi citarasa rakyat Sabah.

No comments:

Blog Archive