Friday, April 28, 2023

BERSATU MASIH PERTIKAI STATUS 4 MP GRS


PARTI Bersatu menggunakan mahkamah untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul pada 16 Januari lalu yang mengistiharkan 4 MP GRS Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

4 MP ini telah bertanding menggunakan LOGO GRS pada PRU-15, dan masa itu Bersatu adalah sebahagian daripada Gabungan tersebut.

Bersatu mengakui walaupun 4 MP itu menggunakan logo GRS, akan tetapi mewakili parti itu.

Jika berasaskan penjelasan 4 MP itu mereka juga merupakan ahli GRS secara langsung (GRS menerima keahlian secara individu atau parti).

Perlembagaan Bersatu, mana-mana ahli parti menyertai parti lain secara automatik keahlian gugur. Akan tetapi hubungan Bersatu dan GRS adalah unik, kerana Bersatu adalah sebahagian komponen Gabungan tersebut.

Seperti dalam rekod, GRS telah mengugurkan Bersatu daripada Gabungan tersebut pada 9 Disember 2022. Menerusi keputusan demikian kedudukan unik antara ahli bersatu dan ahli GRS secara langsung terputus. Ertinya, mana-mana ahli bersatu dalam GRS bukan lagi mewakili parti itu.

Apabila 4 MP GRS itu duduk di blok kerajaan pada sidang Parlimen pada 19 Disember 2022, ertinya mereka adalah MP Gabungan. Dengan status demikian, maka keputusan Speaker untuk mengistiharkan 4 kawasan yang diwaikli 4 MP tersebut tidak kosong seperti mana permohonan Bersatu adalah betul.

Tindakan Bersatu memecat 4 MP itu pada 21 disember 2022 tidak relevan lagi, memandangkan mereka sebenarnya “terpecat” daripada parti sebelum pun menjadi calon pada PRU-15.

Pandangan penulis berkaitan tindakan Bersatu mencabar keputusan Speaker hanya membuang masa mahkamah, kerana akhirnya mahkamah akan membuat keputusan bahawa keputusan speaker adalah betul.

Pada hakikatnya, tindakan Bersatu mempertikai status 4 MP GRS itu tidak mempengaruhi kedudukan kerajaan Perpaduan daripada segi jumlah sokongan, kecuali ketidak puas hatian atau dendam daripada pemimpin Bersatu itu sendiri terhadap 4 MP tersebut.

Dalam senario politik sekarang sekalipun diadakan PRK di 4 kawasan tesebut akan juga dikekalkan oleh 4 individu tesebut. Maknanya, PRK selain buang masa juga menyebabkan beban kewangan kepada kerajaan kerana terpaksa menanggung kos pilihan raya.

No comments:

Blog Archive