Saturday, April 29, 2023

APA UKURAN RUMAH TERBUKA?

ADA yang kata ramainya hadirian pada rumah terbuka anjuran Perdana Menteri tanda sokongan rakyat. Betul kah?

Sebelum PRU-14, ratusan ribu hadir rumah terbuka Perdana Menteri di Putrajaya, akan tetapi semasa PRU-14, Perdana Menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana parti yang dipimpin ditolak rakyat.

Hakikatnya kehadiran pada acara keagamaan seperti sambutan hari raya tidak terkait dengan politik. Sebab itu, jangan sesekali terperangkap dengan jumlah yang hadir.

Sambutan keagamaan jangan sesekali dikaitkan dengan politik, supaya acara sedemikian yang bertujuan agar hubungan masyarakat majmuk negara ini kekal harmoni.

Rumah Terbuka Hari Raya yang dianjurkan Perdana Menteri di 6 buah negeri dikatakan ada hubungan dengan PRN di 6 buah negeri itu pada Julai ini. Seperti kata Speaker DUN Johor- Datuk Puad Zarkhasi- apa salah sambil menyelam sambil minum air.

Di antara 6 negeri yang bakal mengadakan PRN, hanya MB kedah yang memberi ulasan negatif berkaitan rumah terbuka Perdana Menteri, manakala 5 negeri yang lain memeberi reaksi positif.

Hakikatnya di negara ini tiada korelasi antara sambutan keagamaan atau acara-acara politik dengan sokongan rakyat semasa pilihan raya.

Rekod lampau, khususnya sebelum PRU-14, jika diteliti kehadiran orang ramai pada acara atau majlis yang melibatkan Perdana Menteri, puluhan ribu hadirin yang hadir, namun ternyata dilokasi diadakan majlis/acara tersebut, calon yang mewakili parti Perdana Menteri kalah semasa PRU-14.

Di Sabah banyak lokasi turut dihadiri Perdana Menteri pre PRU-14, ternyata kawasan-kawasan tersebut ditawan parti lawan.

Kesimpulannya, rekod kehadiran pada majlis makan-makan tidak menggambarkan sokongan, sebaliknya yang hadir selain menghormati penganjur juga turut sama merayakan sambutan/acara tersebut. Atas sebab itu, jangan sesekali mengaitkan acara/sambutan keagamaan dengan politik, kerana jika ada yang berpendapat demikian, maka akan terperangkap dengan isyarat salah.

No comments:

Blog Archive