Saturday, January 07, 2023

SELAGI HAJIJI MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI ADUN- MAKA KEKAL SEBAGAI KETUA MENTERI

YANG menentukan apa kah seseorang Ketua Menteri masih kekal pada jawatan, adalah jumlah sokongan ADUN terhadapnya. Jika sokongan masih di atas 50% daripada jumlah ADUN, maka kedudukan tidak tergugat, walaupun kerajaan dirasakan bergoyang.

Duluan sebelum ini, berkaitan kedudukan Ketua Menteri Sabah, dalam kes Tan Sri Musa Aman yang memohon mahkamah membuat keputusan berkaitan tindakan TYT Sabah melantik Datuk Shafie Apdal ke jawatan Ketua Menteri, sedangkan beliau belum meletakkan jawatan.

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dengan jelas menyatakan mana-mana ADUN yang mendapat sokongan secara bilangan (head count) lebih 50%, maka boleh dilantik ke jawatan Ketua Menteri. Nama jawatan adalah KETUA MENTERI SABAH. Tiada dalam perlembagaan menyatakan KETUA MENTERI KERAJAAN ..... misalnya KETUA MENTERI KERAJAAN GRS-BN atau kah nama lain.

Nama kerajaan, hanya digunakan oleh kerajaan off the day sebagai nickname, tidak lebih daripada itu.

Dalam isu penarikkan sokongan BN daripada kerajaan GRS-BN, tidak bermakna Ketua Menteri perlu meletakkan jawatan, kerana partner bekerjaan mengundur diri, sebaliknya, kedudukan Ketua Menteri, hanya ditentukan apa kah penarikkan sokongan tersebut, berakibat hilang sokongan? Jika tidak, maka kedudukan Ketua Menteri tidak tergugat.

Dalam perlembagaan negeri dengan jelas, menyatakan, apabila selepas pilihan raya, tiada mana-mana parti mendapat kerusi lebih 50%, maka istilah kerusi parti yang menang terbanyak kerusi tidak terpakai, sebaliknya, mana-mana ADUN yang mendapat sokongan lebih 50% secara head-count yang dilantik ke jawatan Ketua Menteri.

Datuk Hajiji Haji Noor sesama dilantik ke jawatan Ketua Menteri berasaskan head-count, walaupun semasa PRN-16, bekerjasama tidak mengikat dengan Barisan Nasional (BN) dan PBS, kerana masing-masing saling berlawanan semasa pilihan raya tersebut.

Pada senario sekarang, apabila BN yang mana ADUN parti itu menyumbang pada jumlah kerusi secara head-count menyokong Hajiji dilantik ke jawatan Ketua Menteri, menarik sokongan, akan tetapi secara head-count Hajiji masih mendapat sokongan 45 ADUN (termasuk 6 ADUN Umno) daripada 79. Sokongan tersebut melebihi 50% (57%).

Isunya, Hajiji bukan lagi Ketua Menteri Sabah pada Kerajaan GRS-BN, akan tetapi KETUA MENTERI SABAH dengan nama baharu.

No comments:

Blog Archive