Sunday, January 01, 2023

PATUTLAH HARGA AYAM NAIK

BAIK ayam daging atau telur naik harga antara 30-35% berbanding sebelum pandemik Covid-19, hanya kerana faktor pakan (80-95% daripada kos).

Harga pakan penyumbang utama pada kenaikkan harga domestik kerana produk tersebut perlu diimport (bahan utama diimport).

Harga pakan atau bahan input produk ini sangat terkesan kerana perang antara Ukrine-Russia. Ukrine adalah pengeluar separuh bahan pemproses pakan dunia.

Dengan mengambilkira keadaan, mana-mana di dunia ini termasuk negara kita, dan Sabah khasnya tiada keupayaan menurunkan harga daging ayam atau telur ayam seperti mana keadaan sebelum pandemik Covid-19 atau sebelum krisis Ukrine-Russia yang bermula pada 24 februari 2022.

Di CKS Bundusan, Penampang misalnya, kepak ayam dijual pada harga RM16.50, sebelum pandemik RM10.50. Telur Omega-3 dalam 10 biji sepaket kini dijual pada harga RM8.50, sebelum pandemik RM4.50. Dua-dua produk tersebut mengalami peningkatan harga antara 89-67%.

Cuba bayangkan dengan mengambilkira peratusan peningkatan harga ini, sudah tentu sangat menyumbang pada kos sara hidup. Dengan pendapatan yang tidak berubah atau mungkin berkurang, sudah tentu kesannya cukup besar.

Pelajar misalnya, perlu RM15.00 sehari untuk makan tengah hari dan malam, tanpa sarapan, jika bersarapan maka perlu RM20.00 sehari, ertinya sebulan RM600.00, belum lagi termasuk kos ke kampus, alat-alat tulis dan keperluan lain.

Bagi sekeluarga yang beranggotakan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, untuk makan-minum sahaja purata RM300 seminggu, ertinya sebulan RM1200. Apabila diambilkira bil elektrik dan air, yang berjumlah RM300, dan sewa rumah RM800 (paling murah), maka memerlukan minimum RM2100 sebulan untuk makan-minum dan tempat berteduh, tidak termasuk barangan buang pakai atau pakaian atau kos pengangkutan, atau kos persekolahan.

Dalam senario sedemikian, mana-mana KIR mempunyai pendapatan dibawah RM2000, adalah mereka yang boleh hidup pas-pasan sepanjang masa, dan tiada peluang menabung, untuk musim hujan.

Pasca pandemik Covid-19, dan krisis perang yang masih berlarutan, menurut pengamat ekonomi akan menyumbang pada perekonomian dunia, dan sudah tentu tempiasnya juga merebak pada negara.

Mana-mana negara yang masih bergantung pada barang-barang import tidak akan terlepas daripada tempias.

Di negara kita, tempias perekonomian dunia yang lembab, mendorong kenaikan sara hidup. Kerana faktor ini, mereka yang sangat terkesan adalah golongan B40 ( ada yang mengatakan sudah menjadi B60).

Ada lah menjadi cabaran kerajaan off the day untuk membantu rakyat terutama yang terkesan.

No comments:

Blog Archive