Wednesday, January 18, 2023

KERAJAAN SABAH: SOKONGAN 44 ADUN MEMADAI

PANDANGAN penulis 44 ADUN termasuk Ketua Menteri yang menyokong kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) sudah memadai sehingga tamat penggal ke-16 DUN Sabah.

Daripada 44 tersebut, 4 diantaranya boleh mengambil alih 4 jawatan pembantu menteri yang belum digantikan.

Jumlah menteri dan pembantu menteri pada kabinet Sabah, masing-masing 11 dan 18. Maknanya barisan backbencar seramai 15 ADUN. 15 ADUN sudah cukup memenuhi syarat mana-mana usul termasuk bajet pada setiap persidangan DUN.

44 ADUN yang menyokong kerajaan adalah 56% daripada keseluruhan 79 ADUN. Jumlah tersebut mencukupi untuk menyokong sebarang usul termasuk bajet tahunan atau bajet tambahan.

Ada lah lebih efektif bekerja dengan jumlah ADUN yang tidak begitu ramai, akan tetapi saling melengkapi, saling sokong menyokong, juga bekerja sebagai satu pasukan, berbanding ramai, akan tetapi ada yang bertindak duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.

Duluan sebelum ini, Kerajaan Kelantan pasca PRU 2004, hanya berkelbihan 2 ADUN, demikian juga Kerajaan kedah dan Negeri Sembilan, mempunyai majoriti mudah. Kerajaan Perak dan Pahang, pasca PRU-15 mempunyai majoriti mudah.

Maknanya, sesebuah kerajaan tidak perlu super majoriti, akan tetapi memdai dengan majoriti mudah untuk berfungsi sebaik-baiknya.

ADUN pembangkang dalam DUN Sabah seramai 35, adalah suara yang diperlukan untuk tujuan semak dan imbang, jika mereka bertindak konstruktif sebagai pembangkang.

Apabila ada suara kuat untuk tujuan semak dan imbang, maka yang mendapat manafaat adalah rakyat dan negeri, kerana pasukan kerajaan, bukan sahaja menyumbang tenaga dan fikiran serta masa semaksimum mungkin, akan tetapi akan memastikan setiap perancangan kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Dalam senario politik Sabah sekarang, setidak-tidaknya sudah tertapis, para ADUN yang menghormati mandat rakyat pada PRN-16 Sabah.

Tindakan menghormati mandat rakyat, tidak kira lah mereka itu mewakili parti mana, asalkan, tindakan mereka tidak bercanggah dengan kehendak rakyat.

Keputusan PRN-16 Sabah, telah mengangkat Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri. Sejak mengangkat sumpah pada September 2020, tidak pernah kehilangan sokongan majoriti walaupun ada komplot mengurangkan sokongan, termasuk tindakan 12 ADUN penyokong kerajaan menarik sokongan pada 6 Januari 2023.

Penulis tidak habis fikir, atas sebab apa, Datuk Hajiji Haji Noor perlu diganti, sedangkan pencapaian kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri tersebut mempunyai pencapaian luar biasa, samada berkaitan pemulihan perekonomian negeri;kutipan hasil negeri; perealisasian Perjanjian Malaysia 1963 (MA63); bayaran geran daripada Kerajaan Persekutuan, selain kemasukan pelabur dalam negeri yang berjumlah RM33 bilion, satu pencapaian yang belum pernah berlaku.

Selain itu rekod pembelaan pada rakyat, antara lain pembinaan 1500 rumah rakyat untuk golongan yang kurang bernasib baik, bantuan persekolahan sehingga peringkat pendidikan tinggi yang menyeluruh; juga bantuan keagamaan yang meliputi semua agama.

Matlamat utama kerajaan negeri adalah peningkatan setinggi mungkin kutipan hasil daripada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Tujuannya supaya kerajaan cukup wang untuk penyediaan kemudahan asas yang diperlukan rakyat.

Pada hakikatnya, kerajaan yang diterajui Hajiji sudah berada di landasan betul. Pengamatan penulis, sejak tahun 70-an, berasaskan Kerajaan ke kerajaan, pencapaian kerajaan off the day, adalah mirror image pada pencapaian Sabah antara 2004-2017. Kerana trend pencapaian itu, maka sedikit masa lagi kadar peningkatan perekonomian negeri akan kembali di atas 8% tahun ke tahun.

Apabila pertumbuhan ekonomi Sabah pada paras tersebut, maka setiap tahun, bajet kerajaan dan kutipan hasil akan terus mencatit rekod.

No comments:

Blog Archive