Wednesday, January 18, 2023

HAJIJI PENGERUSIKAN MESYUARAT PERTAMA KABINET NEGERI SELEPAS ROMBAKAN

HARI ini Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor mempengerusi mesyuarat kabinet pertama Sabah selepas rombakan pada 11 Januari.

Menerusi rombakan tersebut Hajiji melantik ADUN Tanjung Keramat- Datuk Ir Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerjaraya.

ADUN lain yang menyertai kabinet adalah ADUN Api-Api, Luyang, Sugut masing-masing sebagai Mneteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Menteri Pembangunan Perindustrian; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Pada rombakan itu juga berlaku perubahan menteri bagi Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kabinet pada kali ini, tidak menyenaraikan Kementerian Tugas-Tugas Khas yang disandang ADUN Membakut- Datuk Dr Arifin Arif. Walau bagaimana pun, Arifin mengetuai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Rombakan kabinet yang dilakukan Ketua Menteri telah menggugurkan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, ADUN Lamag, Sukau dan Karambunai, yang terlibatkan mengulingkan kerajaan negeri yang gagal.

Mesyuarat kabinet hari ini, dikhabarkan hanya mesyuarat biasa, bagaimanapun Ketua Menteri meminta semua menteri memberi tumpuan kepada tugas masing-masing untuk memastikan prestasi dan perkhidmatan semua kementerian serta agensi dapat dipertingkatkan.

Kerajaan Sabah yang dipimpin Hajiji pada tahun 2022 telah berjaya mengutip hasil bagi negeri sebanyak RM6.6 bilion, kutipan hasil tertinggi setakat ini.

Jika tiada gangguan pada strategi dan aktiviti kerajaan, dijangka kutipan hasil negeri akan terus meningkat. 

No comments:

Blog Archive