Wednesday, January 18, 2023

APA YANG DAPAT DILIHAT PADA KEPUTUSAN PRU-15 PARLIMEN SABAH

PADA PRU-15, daripada 1,659,957 pengundi, seramai 1,068,532 telah keluar mengundi (64.4%).

Daripada jumlah yang keluar mengundi Pakatan Harapan (PH) mendapat 294,676 undi (20%) dengan purata setiap calon 11,787 menyumbang 5 kerusi (20%).

Pada kedudukan ke-2, Parti Warisan seramai 259,518 (24%) dengan purata 10,381 setiap calon menyumbang 3 kerusi (12%).

Ke-3 Barisan Nasional (BN) dengan undi 208,971 (20%), purata setiap calon 16,075 menang 7 kerusi (28%);

ke-4 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan undi 194,324 (18%) purata 14,948 setiap calon, menang 6 kerusi (24%), manakala KDM mendapat 78,404 dengan purata 8,712 setiap calon, menang 3 kerusi (12%), parti-parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN) mendapat 22,237-menang 1 kerusi (4%).

Akan tetapi, undi GRS dan BN, tidak mencerminkan pencapaian masing-masing, kerana dua parti bertanding tidak saling bertembung, kerana bekerjasama sebagai satu pasukan.

Hanya PH, Warisan dan KDM serta parti-parti lain mencerminkan kekuatan sebenar.

Undi GRS dan BN berjumlah 403,295 (38%) diwakili 13 kerusi. Jika boleh diandaikan bahawa kekuatan antara GRS dan BN seimbang, maka setiap parti mendapat undi 201,648 (19%) dengan kemenangan kerusi juga hampir seimbang.

Apa yang boleh dilihat secara kasar, menerusi keputusan PRU-15, mana-mana blok parti tidak dapat menang kerusi mencukupi jika dilihat di peringkat DUN. Maknanya, untuk tujuan mendapatkan kerusi mencukupi, sekurang-kurangnya dua blok parti perlu bekerjasama.

Memandangkan PRN-17 akan diadakan 3 tahun lagi, maka bermula daripada sekarang, blok-blok parti perlu melaksanakan kerja rumah masing-masing, akan cara apa PRN itu akan dihadapi.

Tujuan kerja rumah tersebut, agar keputusan PRN tersebut tidak menyebabkan DUN tergantung, kerana tiada parti melepasi 50% jumlah kerusi.

Adalah lebih baik berhadapan dengan rakyat sebagai satu pasukan,berbanding selepas pilihan raya baru bekerjasama, kerana pada situasi demikian, banyak persoalan yang timbul, berbanding penyelesaian.

Dalam konteks Sabah, sesuai dengan senario politik terkini, GRS sudah tentu bersama PH, dan parti yang dilawan adalah Warisan, BN dan KDM.  Akan tetapi, penjajaran ini, tidak semestinya sama semasa PRN-17 nanti. Sekadar pandangan untuk perdebatan atau analisa.

No comments:

Blog Archive