Thursday, January 19, 2023

DI SEBALIK PERLUNYA ZAHID PADA ANWAR

MUSTAHIL seorang Perdana Menteri tidak sedar, bahawa salah seorang Timbalan Perdana Menteri mencatit sejarah pemerintahan negara, apabila menjadi orang pertama anggota kabinet Persekutuan berada dalam kandang tertuduh (orang kena tuduh) di mahkamah.

Akan tetapi, kerana pertimbangan kestabilan kerajaan pasca PRU-15, maka Anwar berhadapan situasi ditelan mati emak diluah mati bapa.

Benar dalam senario terkini, daripada segi jumlah sokongan ahli parlimen (MP), kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri ke-10 (PMX) mempunyai sokongan majoriti mudah tanpa sokongan Umno yang diketuai Zahid, akan tetapi, mengenang budi semasa pemilihan PMX, maka Perdana Menteri perlu bertindak “gentleman”.

Anwar dalam rangka membina legasi, sudah tentu tidak hendak menyenaraikan butiran tidak mengenang budi, kacang lupakan kulit, membuang rotan kerana mendapat gading.

Penulis yakin sebahagian besar penyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun ada sebahagiannya seperti Hassan Karim (Pasir Gudang) atau P.Ramasamy (TKM Pulau Pinang) mengeritik perlantikan Zahid atas kapasiti peribadi MP Bagan Datuk tersebut kerana sedang dibicarakan atas tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, akan tetapi memahami fakta apa yang berlaku.

Memilih bersama Zahid, di mata sebahagian besar penyokong PH lebih banyak kebaikan berbanding jika bersama Perikatan Nasional (PN).

Apa kah keputusan Anwar dan Zahid yang membolehkan kestabilan kerajaan diterima rakyat secara umum hanya ditentukan menerusi pilihan raya.

Tahun ini, akan diadakan 6 pilihan raya negeri, iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Keputusan PRN tersebut adalah petunjuk penerimaan rakyat terhadap penjajaran baharu politik pasca PRU-15.

No comments:

Blog Archive