Friday, January 20, 2023

KONSEP MADANI: HALANGAN DAN HARAPAN

SELEPAS membaca konsep MADANI, visi negara yang baharu selepas BANGSA MALAYSIA; ISLAM HADHARI; 1MALAYSIA; MALAYSIA BAHARU; MALAYSIA PRIHATIN; KELUARGA MALAYSIA , pada asasnya mempunyai kesamaan, hanya yang berbeza pendekatan.

Kunci utama kesuksesan adalah pendekatan. Jika pendekatan tidak berubah atau berganjak, akhirnya, visi baharu ini akan juga mengikuti jejak pendahulunya.

Faktor utama yang didepani oleh setiap visi, kerana perlu berkerja dengan organisasi yang sama, iaitu penjawat awam.

Adalah tidak mudah mengubah budaya kerja yang telah berakar umbi, yang membabitkan semua peringkat.

Oleh kerana budaya kerja yang telah melekat sedemikian rupa, maka sebarang perubahan misi atau konsep,  tidak mudah diadaptasi dalam masa singkat melainkan memerlukan masa yang panjang bagi yang mahu berubah, manakala yang tidak akan terus seperti pahat dan tukul.

Dalam tempoh 5 tahun, kalau pun ada perubahan, tetapi perubahan yang terpaksa, atau dengan kata lain perubahan sementara, kerana setiap konsep, memerlukan masa yang panjang, apa tah lagi visi konsep baharu ini membangun tanah air yang lebih mampan dan makmur berteraskan ruh daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan, di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras utamanya - yakni sebuah masyarakat Malaysia yang adil.

Cabaran utama bagi konsep ini, sepertimana juga yang dihadapi pendahulunya, kerana faktor wilayah, faktor demografi, topografi, sumber, entik dan kemajmukan agama serta budaya kekeluargaan, selain faktor fahaman politik.

Tidak pelik, dalam semua peringkat, baik yang membabitkan pemimpin politik, penjawat awam, kata orang, untuk melihat siapa-siapa mereka, hanya cukup memandangkan pada ketua, kerana ianya mencerminkan siapa-siapa yang mengisi organisasi di bawah kendalian sang ketua. Faktor ini lah yang menjadi penghalang. 

Sekiranya faktor terakhir ini berlalu atau berubah 360 darjah, maka ada harapan visi baharu berhasil. Fikir-Fikirkan Lah.

No comments:

Blog Archive