Tuesday, January 17, 2023

HAJIJI TIDAK CURI ADUN PARTI LAIN UNTUK KEKAL SEBAGAI KETUA MENTERI

MEREKA yang mendakwa kononnya Datuk Seri Hajiji Haji Noor mencuri ADUN parti lain untuk kekal sebagai Ketua Menteri, bukan sahaja fitnah akan tetapi penghinaan pada para ADUN yang menyokong kerajaan.

Untuk rekod, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022, pada 27 November 7 ADUN PH telah mengadakan pertemuan dengan Hajiji untuk menyatakan sokongan sehingga tamat penggal ke-16 DUN Sabah.
Sokongan mereka itu, diulang-ulang lagi samada pre atau selepas 12 ADUN Umno menarik sokongan daripada kerajaan GRS-BN pada 6 Januari 2023.

Manakala 5 ADUN Umno adalah mereka yang sedari awal lagi, menentang dan tidak bersetuju sebarang gerakan menumbangkan kerajaan negeri yang dipimpin Hajiji.

Manakala ADUN mantan parti lain telah awal-awal menyatakan sokongan dan menyertai kerajaan sebelum pun gerakan menggulingkan kerajaan digerakan.

Pada dua keadaan sedemikian, dari sudut mana, Hajiji mencuri ADUN parti lain? Sedangkan mereka itu membuat keputusan sendiri.

Dari sudut mana, Hajiji boleh menolak sokongan? sedangkan sokongan mereka itu berpandukan pada mandat rakyat pada PRN-16 Sabah.

Keputusan rakyat Sabah pada PRN-16 Sabah, adalah melantik Hajiji sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal, bukannya separuh penggal atau tempoh tertentu.

Patut lah mereka yang membuat tuduhan ini, ditolak rakyat semasa PRU-15, kerana bukan sahaja tidak bercakap benar, akan tetapi dakwaan mereka bukan sahaja mengelirukan rakyat, juga berunsur fitnah.

No comments:

Blog Archive