Thursday, January 05, 2023

KEDUDUKAN HAJIJI KUKUH

APABILA nafsu berkuasa memuncak, tidak terfikirkan elemen penentu pada kuasa yang didambakan, sebaliknya bersandar pada sesuatu yang dikuasai, sambil mengharapkan pihak lain juga menyokong.

Pada keadaan sama juga tidak puas dengan kedudukan atau kuasa yang ada akan tetapi mahu mengapai kuasa lain sehingga sanggup melepaskan apa yang digendong seperti mana kata peribahasa anjing menggongong tulang bersama dengan bayang-bayang.

Kerana mengejar kuasa, kawan sepermainan ditendang jauh-jauh, sebaliknya memilih teman lain kerana kononnya menjanjikan sesuatu yang lebih hebat. Tidak peduli, apa kah tindakan tersebut menimbulkan luka, dan lumrahnya setiap luka, walaupun sembuh, akan meninggalkan parut.

Dalam isu gerakan menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang dimotori Shafie dan kononya dibantu Bung dan Salleh, kerana bersandar pada kerusi yang mereka miliki sebanyak 36 kerusi (19 Warisan- 17 Umno) di DUN Sabah, dan mengharapkan sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) atau KDM, PHRS, PAS dan PBM, terlepas padang, bahawa PH itu adalah parti Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan.

Ada lah satu kesilapan parti seorang Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan menjadi sebahagian daripada parti yang menjatuhkan kerajaan yang menyokong beliau. Jika itu berlaku, maka hilang lah kredibiliti seorang Perdana Menteri.

Mereka yang melakukan gerakan menumbangkan Kerajaan Sabah benar-benar terlepas pandang berkaitan kredibiliti dan integriti parti yang dipimpin Perdana Menteri, yang tiada kesanggupan menyokong kerajaan PINTU BELAKANG.

Kini, ternampak dengan jelas, para pemimpin Sabah yang menjadi kudis baik pada Kerajaan Negeri juga kerajaan Persekutuan, kerana mereka dengan jelas memperlihatkan kerakusan mereka untuk merebut kuasa.

Terpulang kepada kepemimpinan Kerajaan Negeri Sabah, apa kah mereka masih diberi kepercayaan, kerana peribahasa mengajar kita, anjing tidak akan dapat dihalang mencium tahi, lagi pun kerajaan negeri apapun pendekatannya, tidak boleh membiarkan musang berada dalam reban ayam. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive