Wednesday, January 11, 2023

HAJIJI ROMBAK KABINET NEGERI-MENYERTAKAN ADUN PH

BARISAN Kabinet baharu Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyertakan 2 ADUN Pakatan Harapan (PH), iaitu Datuk Christina Liew dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, dan seorang lagi Phoong Jin Zhe dilantik sebagai menteri Pembangunan Perindustrian.

Selain itu bertukaran beberapa porfolio antara lain Menteri Kerja Raya, diisi oleh Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Timbalan Ketua Menteri III.

Datuk James Ratib dinaikkan pangkat apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

Menteri Tugas-Tugas Khas  (kementerian yang tidak disenaraikan pada senarai kabinet kali ini) - Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif bertukar ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Manakala Datuk Seri Masidi Manjun dilantik sebagai Menteri Kewangan, porfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan diambil alih oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Pada senarai kabinet baharu ini, Hajiji mengekalkan jumlah 11 anggota jemaah menteri termasuk Ketua Menteri, akan tetapi Ketua Menteri tidak berportfolio seperti mana sebelum rombakan.

Rombakan kabinet Kerajaan Sabah terpaksa dilakukan ekoran komplot menjatuhkan kerajaan yang digerakan awal bulan ini, akan tetapi gerakan tersebut mereda apabila gagal mendapat sokongan.

Seperti mana kenyataan Hajiji, rombakan kabinet diperlukan untuk memastikan kerajaan berfungsi dengan baik selain mendapat pasukan kuat dan bersatu.

Jika meneliti barisan kabinet baharu ini 7 diwakili GRS, 2 Umno dan 2 PH.

Penulis berharap, dengan perlantikan jemaah menteri baharu ini, Kerajaan negeri terus berfungsi dengan baik, untuk merealisasikan VISI kerajaan negeri- SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Blog Archive