HARI INI di Istana Negeri, diadakan majlis angkat sumpah tiga pembantu menteri yang baharu, iaitu ADUN Lumadan, Inanam dan Likas.
Perlantikan tersebut ekoran satu kekosongan yang melibatkan ADUN SUGUT yang dilantik sebagai Menteri pada 11 Januari. Manakala seorang pembantu menteri perlu diganti dengan ADUN baharu, memandangkan terlibat menggulingkan kerajaan negeri yang gagal pada 6 Januari lalu.
Kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berbaki kurang 3 tahun sebelum penggal ke-16 berakhir, mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan janji-janji pilihan raya, selain merealisasikan visi SABAH MAJU JAYA.
Merealisasikan visi negeri dan janji-janji memerlukan kerajaan yang berfungsi dengan baik yang didokong oleh mereka yang beraspirasi sama, berasaskan hormat dan saling mempercayai.
Perjalanan pentadbiran akan cacat dan terbantut, jika terdapatnya musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.
Untuk mengelak elemen-elemen tersebut, rombakan kabinet termasuk jawatan pembantu menteri, pengerusi-pengerusi GLC, termasuk para CEO perlu dilakukan, terutama GLC yang dikuasai pemimpin yang termasuk dalam kumpulan menggulingkan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment