Monday, December 05, 2022

TINDAKAN AWAL ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI

KERANA pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kerencaman politik tanah air, tindakan pertama beliau, adalah untuk menyanggahkan kerajaan yang beliau terajui mengenepikan melayu dan islam.

Naratif melayu-islam, adalah punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Langkah Sheraton.

Jemaah Menteri Anwar, seramai 28 termasuk Perdana Menteri, dibarisi 18 melayu-islam (64 peratus) telah menjawab naratif, bahawa kerajaan bukan diterjarui kaum terbesar dalam negara.

Tindakan Anwar melantik ramai menteri melayu-islam, bukan sahaja tidak dipertikai parti terbesar dalam PH (DAP), akan tetapi didokong, seperti kenyataan beberapa pemimpin utama parti itu, termasuk Anthony Loke, bahawa perjuangan parti itu bukan mengejar jawatan, sebeliknya untuk rakyat dan negara. Jika diberi jawatan, maka mereka yang diberi tanggungjawab memastikan tanggungjawab tersebut dilaksanakan sebaik mungkin.

Jemaah menteri Anwar, adalah barisan kabinet fungsional (istilah yang digunakan penulis, tiada mana-mana pihak lagi menggunapakai istilah ini), kerana penulis melihat agihan kementerian dan mereka yang menerajuinya, mengarah pada JIKA KERAJAAN JAGA RAKYAT, MAKA RAKYAT JUGA JAGA KERAJAAN.

Anwar cuba melepaskan diri daripada kaedah penentuan barisan kabinet yang dilakukan oleh 9 Perdana Menteri sebelum ini, itu lah tindakan awal Perdana Menteri ke-10 tersebut, kerana tidak seperti mana kebiasaan, parti yang banyak kerusi, akan juga ramai jemaah menteri, tetapi tidak berlaku pada barisan kabinet kali ini.

Melihat barisan kabinet Anwar, atas sebab itu lah penulis menggambarkannya sebagai barisan kabinet Futuristic selain fungsional.

Jika ada suara-suara sumbang berkaitan barisan kabinet Persekutuan yang diterajui Anwar, mereka itu, belum dapat memisahkan diri daripada nostalgia, dan perlu masa untuk mereka “adjust” untuk memahami dan menerimanya.

Gambaran besar, kabinet Datuk Seri Anwar, mahu mencerminkan bahawa ianya diwakili sebahagian besar kaum melayu/bumiputera, apabila megambilkira penyertaan bumiputera Sabah dan Sarawak. Matlamatnya hanya satu MELAWAN naratif parti Perikatan Nasional (PN). 

Samada tindakan PM-10 ini dapat meneutralisasi anggapan atau penerimaan di peringakat akar umbi, hanya boleh dibuktikan melalui pilihan raya. 

Pada PRU tertangguh Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman, masih terlalu awal untuk melihat kesannya, akan tetapi kesan sebenar pada 6 PRN tahun hadapan.

No comments:

Blog Archive