Pada PRU-15, apabila rakyat negera ini memutuskan tiada blok atau gabungan parti mendapat sokongan mudah, maka pemimpin politik yang berseteru tiada pilihan melainkan perlu berkawan, walaupun masih ada juga yang menolaknya, kerana mempertahankan prinsip.
Sementara ada pihak yang mempertahankan prinsip, ada pihak pula mempertaruhkan prinsip kerana kepentingan rakyat.
Terpulang kepada rakyat sebagai pengadil apabila tiba pilihan raya, blok mana diberi mandat, apa kah para pemimpin parti yang mempertaruhkan prinsip atau kah yang mempertahankan prinsip.
Rakyat negara ini, terutama mereka yang telah tersenarai sebagai pengundi, sudah mengetahui latar belakang semua pemimpin atau parti, atas sebab itu, semasa PRU-15, telah berlakunya pola pengundian yang menjurus kepada polarisasi. Kerana kewujudan polarisasi itu, maka telah menghasilkan keputusan yang hampir seimbang antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Penulis melihat, Perdana Menteri ke-10 telah mengambil iktibar pada pola pengundian ini, atas sebab itu, semasa sidang pertama Parlimen Penggal ke-15, semasa membentangkan Mini Bajet, terselit gambaran, bahawa beliau merupakan Perdana Menteri untuk semua, sebagai tambahan pada barisan kabinet yang menggambarkan nisbah yang mewakili semua kaum di negara ini.
Penekanan keutamaan pada golongan yang tidak bernasib baik tidak mengira latar belakang kaum, ada lah satu indikasi untuk “mengubah” polarisasi yang berlaku semasa PRU-15.
Juga meneruskan polisi kerajaan sebelum ini yang pro rakyat diteruskan, malah ditambah baik, juga satu pendekatan yang bersifat politik, bahawa Malaysia, tidak perlu terkongkong dengan polarisasi kaum.
Berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), perkara-perkara yang menjadi tuntutan Sabah dan Sarawak yang tertangguh sekian lama, akan dimuktamadkan, supaya ianya tidak lagi menjadi duri dalam daging hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan dua wilayah di Borneo tersebut.
No comments:
Post a Comment